Hukum Makan Di Rumah Orang Bukan Islam

Sebagai orang muslim, adakalanya kita dalam dilema untuk memenuhi undangan ke majlis-majlis jamuan di kediaman bukan Islam. Adakah haram kita makan di majlis tersebut?

Hukum Makan Di Rumah Orang Bukan Islam | Hukum Makan Di Rumah Orang Bukan Islam | Bagi sesetengah orang muslim, kita tidak terlepas dari menerima jemputan majlis jamuan seperti rumah terbuka, majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebagai orang Islam yang peka, sudah tentu kita akan rasa berbelah bagi untuk menghadiri majlis tersebut kerana bimbang makanan yang disediakan bercampur di antara yang halal dan haram. Oleh itu, jom kita ikuti apakah jawapan ustaz mengenai hukum makan di rumah orang bukan islam.

Soalan :

Assalamualaikum,

Saya ingin tahu apakah hukumnya jika kita makan di rumah org kafir yg mana org kafir tersebut sememangnya tidak memakan benda-benda haram?

Jawapan :

Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Hukumnya adalah harus tetapi adalah lebih baik jika dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah. Hendaklah dipastikan betul-betul makanan itu tidak bercampur dengan yang haram. Tetapi jika tujuan hadir dan makan di rumah orang kafir itu untuk meraikan hari kebesaran mereka adalah haram. Meraikan mereka bererti meredhai mereka dan agama mereka.

Melayukini.net - Sebagai muslim, kita perlu sentiasa peka dengan apa yang kita makan walaupun rumah yang kita hadiri tersebut merupakan kawan baik kita. Tidak kisahlah rumah muslim atau non-muslim. Apa yang paling penting makanan tersebut adalah halal dan bukanlah haram seperti mana yang Allah SWT telah melarang seperti memakan khinzir, minum arak dan sebaginya.

Sumber: Mufti Melaka | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge