Hukum Amalkan Ibu Duit (Khurafat)

| March 10, 2012

Hukum Amalkan Ibu Duit (Khurafat) |Saya sebenarnya kurang tahu tentang ibu duit ini, bila saya lihat dari beberapa laman web yang mempromosikan ibu duit ini, kebanyakan mereka terkait rapat dengan amalan-amalan tertentu untuk memujarabkan fungsi ibu duit itu bagi menarik duit dari segala sudut dengan berlipat kali ganda.

Secara logik saya berfikir kalaulah Allah berikan kepada manusia dengan cara mudah seperti ini untuk memperoleh rezeki dan duit, maka tidak perlulah Rasulullah menggembala kambing, berdagang dan berniaga. Rasulullah hanya cukup dengan menggabungkan ibu duit dengan duit biasa dan dibaca pula dengan zikir-zikir tertentu untuk mendapatkan duit secara berganda. Sudah pasti para sahabatnya tidak susah-susah untuk menghabiskan harta mereka untuk memartabatkan Islam.

Sebagai umat Islam yang baik, sepatutnya selidiki dahulu perkara tersebut, jangan mudah percaya dengan apa yang disampaikan oleh orang. Takut-takut perbuatan ibu duit itu tahyul dan boleh memesongkan akidah kita.

Islam menuntut umatnya berusaha mencari rezeki yang halal dengan titik peluhnya sendiri bagi memenuhi segala keperluan ahli keluarganya. Selain dari itu, elakkan diri dari meminta bantuan orang lain jika kita mempunyai kesihatan dan mampu untuk berusaha mencari rezeki. Kerja yang dilakukan mestilah halal dan tidak bercampur dengan benda-benda yang haram. Ini bertujuan untuk memastikan rezeki yang diberikan kepada anak dan isteri memperolehi keberkatan. Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”  (Riwayat At-Tabrani)

Sepatutnya kita kena tahu dahulu latar belakang orang yang menjual dan membuat ibu duit itu, bagaimana peribadi dan keluarganya. Adakah mereka insan yang mentaati perintah Allah. Kalau tidak bagaimana Allah hendak memberikan kelebihan kepada mereka, kerana mereka bukan orang yang dekat dengan Allah.

Saya rasa ibu duit ini mesti ada hubungan dengan makhluk ghaib, bagaimana secara tiba-tiba orang yang memiliki ibu duit dapat menambahkan duit sebab itu kertas biasa yang dijampi sahaja. Islam melarang umatnya bersahabat dengan makhluk ghaib kerana takut ditipu oleh makhluk tersebut. Selain dari itu, kalau ada pantang larang tertentu yang perlu diamalkan, maka lebih baik rujuk dahulu kepada orang yang alim untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dengan segala pantang larang tersebut. Kebanyakkan amalan tertentu yang tidak ada nas selalunya ada kaitan dengan makhluk halus. Contohnya asap kemian, kain kuning, pulut kuning, sembelih ayam jantan hitam atau sebagainya.

Dalam masyarakat melayu masih banyak amalan-amalan kurafat dan tahyul. Takut-takut amalan ibu duit ini sebahagian dari amalan kurafat yang mempunyai mantera atau zikir tertentu. Mana logik Allah berikan duit terus kepada manusia. Banyak dalil-dalil Al-Quran yang menceritakan Allah turunkan hujan kepada manusia sebagai sumber rezeki, bukan turunkan duit dari langit. Firman Allah SAW yang bermaksud :

“Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) Yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan Dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian Yang dituai, serta pohon-pohon kurma Yang tinggi menjulang, Yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya, (semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba kami. dan lagi Kami telah hidupkan Dengan air itu bumi Yang mati; Demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang Yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).” (Al-Qaaf : 9-11)

Manusia berusaha dengan bercucuk tanam atas sumber air yang diberikan oleh Allah. Dalam kehidupan manusia tidak terlepas dari 2 sumber ini iaitu air dan tanah, kalau tiada salah satu sumber ini, pasti kehidupan manusia akan mengalami masalah.

Melayukin.net - Sudah-sudahlah kepada mereka yang mencari atau berkeinginan untuk mendapatkan ibu duit, carilah rezeki sepertimana yang dikerjakan oleh para Nabi dan Rasul, jadikan mereka sebagai tauladan dan contoh kepada kehidupan kita. Biar susah mencari rezeki, tetapi rezeki yang diperolehi berkat dan selamat di dunia dan di akhirat.

Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • hukum menyimpan ibu duit
  • hukum ibu duit
  • ibu duit dalam islam

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.