Ustaz Zul – Hukum Menggunakan Mesin Basuh
Penggunaan air dalam mesin basuh telah mengundang persoalan masyarakat mengenai hukum penggunaan air kerana air mutlak telah bertukar menjadi air musta’mal.
By
On February 8, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, basuh baju dengan mesin, Ceramah Ustaz Zul, Hukum, hukum basuh baju, hukum basuh baju dengan mesin, hukum basuh dengan mesin, hukum basuh mesin, Hukum Mesin Basuh, Islam, Isu Mesin Basuh, Kauthar, Mesin Basuh, mesin basuh baju, najis Aini, penjelasan mengenai hukum basuh baju, penjelasan ustaz zul, persoalan hukum ustaz zul, persoalan tentang hukum basuh baju, siapa ustaz zul, Tudung Hana Tajima, Ustaz Zul, Ustaz Zulkifli Ahmad
Responses : One Comment
Ustaz Zulkifli Ahmad – Hukum Menggunakan Mesin Basuh | Kita sendiri tidak terkecuali dari menggunakan mesin basuh hampir setiap hari. Namun persoalannya adakah membasuh menggunakan mesin basuh ini menyucikan pakain dari najis atau tidak, “bagaimana pula dengan air musta’mal” sering sahaja berada difikiran saya, walaupun saya tahu ianya dibolehkan, namun tiada penjelasan yang benar-benar jelas yang boleh membuatkan saya lebih faham tentang isu mesin basuh ini.
Ikuti ulasan mengenai ceramah Ustaz Zulkifli Ahmad mengenai hukum menggunakan mesin basuh. Semoga bacaan tentang hukum suci pakaian yang dibasuh oleh mesin basuh ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

Lima minit yang lalu saya terlihat post Ustaz Zulkifli Ahmad di Facebook beliau berkenaan perkara ini. Saya mula mendengar ceramah-ceramah Ustaz Zul apabila saya mendengar mengenai penjelasan Ustaz Zulkifli Ahmad berkenaan Tudung Hana Tajima, boleh lihat di sini, walaupun ada yang perlekehkan atau mempersoalkan penjelasan beliau (tidak pasti mereka alim atau jahil), namun saya ambil yang positif dimana ianya untuk mendidik agar muslimah-muslimah yang freehair mula berjinak dengan tudung. Dan bagi saya, penjelasan ustaz tu amat mudah jika diamati.
Sambung kembali, saya pun membuka link yang Ustaz Zulkifli Ahmad sertakan di post beliau, setelah saya dengar dan amati, akhirnya persoalan saya terjawap oleh video beliau yang kemas, menarik, jelas dan santai. Jom kita lihat apa yang Ustaz Zul kata:
Kesimpulan yang dapat kita ambil dari video ustaz adalah menggunakan mesin basuh adalah kemudahan yang diizinkan oleh syara’. Walaupun demikian, najis Aini (jelas / boleh dilihat) hendaklah dibuang terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh.
Melayukini.net - Seelok-eloknya kita perlulah menggunakan mesin basuh jenis automatik kerana mesin tersebut mengamalkan sistem aliran yang lebih daripada satu.
Sumber: Kauthar | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net






mesin basuh manual pun boleh nak bilas lebih dari 3x…
kalau mesin otomatik, ada yg bilas sekali sahaja, susah nak ubah2 setting (jenis murahan) nanti mudah rosak.. silap2 kena buat 2-3x basuhan.. better mesin manual.