Tips Elakkan Tidur Berdengkur
![]() |
Mengalami simptom tidur berdengkur adakalanya menganggu orag yang tidur di sekitarnya. Adakah kita mengalami nasib yang sama? Ketahui apakah rawatan untuk tidur bendengkur ini.
By
On February 23, 2012 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : Berdengkur, berdengkur menganggu orang, Blog Kesihatan, elak tidur berdengkur, faktor berdengkur, faktor tidur berdengkur, kesan berdengkur, kesihatan dan riadah, kurang tidur berdengkur, rawatan tidur berdengkur, sebab berdengkur, sebab tidur berdengkur, Sihat Selalu, tidur berdengkur, tips elak tidur berdengkur, ubat tidur berdengkur
Responses : Comments are off for this post
Tips Elakkan Tidur Berdengkur | Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab Berdengkur
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal.
- Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
- Saluran pernafasan tersekat.
Komplikasi Berdengkur
Dengkur boleh dikelaskan kepada tiga peringkat :
* Peringkat pertama – berdengkur yang ringan dengan 4 atau 5 kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
* Peringkat kedua – berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
* Peringkat ketiga – berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil ‘sleep apnea’. ‘Sleep apnea’ boleh MEMBAHAYAKAN DIRI dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan Berdengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil.
Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Pencegahan Berdengkur
Petua untuk mengurangkan dengkuran :Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Melayukini.net - Mungkin ada di antara kita mengalami masalah yang sama seperti di atas. Berkemungkinan perkara ini secara tidak langsung akan menganggu suami atau isteri kita tidur pada waktu malam. Cuba membuat sedikit langkah pencegahan agar kita dapa tmengurangkan dengkur ketika waktu tidur.
Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net







Komen Terbaru