Seram! Ikan Serigala Bermata Tiga

| February 9, 2012
 

Seram! Ikan Serigala Bermata Tiga | Sekumpulan nelayan di Cordoba, Argentina menemui seekor ikan bermata tiga berhampiran Loji Janakuasa Nuklear. Ikan pelik itu juga dikenali sebagai ikan serigala tiga mata kerana rupanya yang seakan-akan serigala. Di bawah merupakan gambar pelik ikan serigala yang mungkin bermutasi sehingga mendapat tiga mata.

Salah seorang nelayan, Julian Zmutt, berkata pada mulanya tiada siapa yang perasan mata ketiga ikan pelik tersebut kerana waktu itu gelap. “Kami telah lama menjadi nelayan disini dan kami amat terkejut dapat menangkap spesies ikan pelik yang jarang ditemui ini,” lapor Blaze.com.

“Pada masa itu agak gelap dan kami langsung tidak perasan mengenai ikan pelik tersebut. Tetapi kemudian kami melihatnya dengan lampu suluh dan nampak dengan jelas ikan itu mempunyai mata ketiga dan berwajah pelik.

Menurut Infobae.com, laman berita berbahasa Sepanyol, tasik di mana ikan bermata tiga ditangkap adalah satu takungan di mana air panas dari loji nuklear dipam. Kini, kemunculan ikan pelik bermata tiga menakutkan penduduk tempatan kerana mereka belum pernah menemui spesis seperti itu. Lebih-lebih lagi mereka melihat sendiri keajaiban tersebut.

Mereka bimbang kemunculan ikan bermata tiga mungkin disebabkan oleh mutasi dari air di loji nuklear berhampiran. Selain itu, kemungkinan mutasi turut terkena pada manusia masih belum diketahui.

Lagi Entri Ikan Pelik

1. Subhanallah! Ikan Menyusu Di China
2. Subhanallah! Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami
3. Subhanallah! Ikan Emas Yang Bersalut Emas
4. Subhanallah! Ikan Aneh Mirip Buaya
5. Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai
6. Wow! Gambar Ikan Bawal Gergasi Terbesar Dunia
7. Ikan Pelik dan Aneh Yang Mempunyai Gigi Manusia
8. Subhanallah! Ikan Bergigi Manusia Yang Pelik
9. Subhanallah! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar)
10. Ikan Pari Sedang Melahirkan Anak (5 Gambar)

Melayukini.net – Allah telah menciptakan bumi ini dengan kuantiti 30% darat dan 70% air. Sedangkan yang 30% darat ni pun tak habis manusia jelajah, inikan pula 70% air yang penuh dengan misteri. Hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai khalifah di muka bumi, apa yang perlu kita buat, memperhebatkan amal ibadah kita, menjadi hamba Allah yang taat dan berbuat baik dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Wallahualam.

Sumber: Info Gallery | Layari Berita Pelik Menarik Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • ikan bermata tiga
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.