Saintis Jumpa Udang Gergasi Pelik
![]() |
Sekumpulan saintis telah menemui spesis udang yang tidak pernah dijumpai sebelum ini. Selain mempunyai saiz yang besar, udang ini juga seperti mempunyai sisik yang banyak.
By Shah
On February 24, 2012 At 10:30 pm
Category : Luar Biasa dan Pelik
Tags : Amphipod gergasi, Bard Bahtiar, gamabr udang, gambar udang bersisik, gambar udang luar biasa, gambar udang pelik, Gergasi, Haiwan amphipod, haiwan kategori amphipod, haiwan krustasia, haiwan krustasia seperti udang, Kermadec Trench, kumpulan kategori amphipod, luar biasa dan pelik, saintis jumpa udang, saintis jumpa udang luar biasa, saintis jumpa udang pelik, saintis kaji udang, Udang Gergasi, udang luar biasa, udang pelik, University of Aberdeen
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti HidupJune 17, 2013
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)June 16, 2013
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi ManisJune 16, 2013
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala TerengganuJune 14, 2013
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini BersepahJune 13, 2013
Saintis Jumpa Udang Pelik Bersaiz Gergasi | Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP. Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.

Haiwan amphipod atau udang pelik itu biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.
“Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod atau udang pelik yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki,” kata Jamieson.
Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.
“Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik,” jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.
Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.
Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya. Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. – Agensi
Melayukini.net - Jika kita lihat, lautan dalam merupakan sebuah khazanah laut yang penuh dengan rahsia di dalamnya. Jutaan spesis hidupan laut yang adakalanya kita langsung tidak pernah dengar ataupun melihatnya. Itulah kekuasaan Allah SWT.
Sumber: Bard Bahtiar | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net
Comments are closed.
Comments
Kata Kunci Popular
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi Manis
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah
- Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia
- Mengancam! Adakah Ini Kapal Angkasa Di Jepun? (16 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Pelik! Kanak-Kanak Ini Terpaksa Hidup Dalam Keadaan Gelap
- Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di Malaysia
- Ngeri! Dayung Kayak Cair Terkena Lelehan Larva Gunung Berapi
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009
- Subhanallah! Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Yang Belum Pecah
- Biar Betul! Hanya Cagar Keju Boleh Dapat Pinjaman Wang (Video)
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori
- Pelik! Wanita Ini Suka Memeluk Orang Yang Tidak Dikenali
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu Laju
- Ngeri! Pencuri Besi Putus Kaki Dilibas Parang
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks
- Seram! Apabila Pontianak Mengamuk Kerana Kain Batik
- Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto)
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.







x pelik pon..sllu tgk kcik.ni yg besa..
pelik la..sebab tak selalu nampak :)