Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat

| February 3, 2012

Kisah Seram Di Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.


Gambar hiasan yang seram

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam….


Sumber: Hasnul Hadi Ahmad | Layari Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • melayukini net kisah seram ustaz
  • foto seram
  • cerita seram hantu penjara
  • syahirah 2012 kisah seram ustaz bilik mayat
  • seram
  • melayukini net 2012 kisah seram ustaz bilik mayat
  • kisah2 jenazah di malaysia
  • kisah seram lihat wanita
  • kisah seram di hospital
  • kisah misteri

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (38)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Afiq Tukiman says:

    Perghh.. Subhanallah . Mnakowtkn . Huhu

  2. taufiq says:

    allahhuakbar,mari sama2 pertingkatkan keimanan kita terhadap allah dan banyak kan ibadah

  3. lia says:

    wau bergitu dasyat allah jd kan semue ini…
    tp ustaz itu lalui dgn tenang…
    semoga allahyarham dicucuri rahmat…
    saye dgr crte ini terkejut jgk tapi x ape kepade ustaz yg meguruskan jenazah itu semoge pglmn itu jd iktibar kpde ustaz n kami smue…

  4. AmiraWL says:

    hospital tu dulu tmpt aku lahir n skrg hospital tu adalah tmpt adik aku mndpt kan rawatan ksihatan ,.. gulp .. mnakutkan .. :O
    alaa biase la hospital mstila ade hantu .. :O

  5. Lagi kita takut hantu (syaitan), lagi dia suka. Takut hanya kepada Allah. Jadi berpeganglah pada islam, insyaAllah selamat dunia dan akhirat.

  6. lin says:

    Assalam, mohon save entri2 dr sini ya. syukran

  7. rizal says:

    subhanallah..sggh mengerikan tp insyaAllah jgn takut..yg mst kt takut ialah Allah…

  8. is says:

    Semoga menjadi iktibar kpd kite semua. . .

  9. iswilma says:

    kuasa Allah SWT .. Wallahualam

  10. Tia says:

    Hmm, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor tu tempat Tia lahir. Tapi apa jadi sekarang? Berhantu? Tak apa.

  11. kexora says:

    more true artikel utk semua umat islam jadikan iktibar..thanks

  12. Pak Ngah says:

    ALLAH MAHA MENGETAHUI

  13. Liza binti musa says:

    Subhanallah..allah yg mengetahui segalanye..semoga jd pedomen utk kita smua..

  14. Castello says:

    Jangan percaya cerita karut diatas..semua tu rekaan sahaja..Tiada mayat yang tdak di tuntut akan di kafankan jam 3 pagi..semua prosedur hosptal..mayat yang tak di tuntut akan di kendalikan oleh JAWI atau Jabatan aga islam terdekat di waktu pejabat sahaja

  15. eddicerita says:

    Seram lagi bila baca ni malam-malam.

  16. Hays says:

    Maaf… Satu cerita yang tak logik. Masok akal ke hospital telefon jam 3 pagi untuk urus jenazah yang dah seminggu tidak di tuntut. Ni bukan nya kes emergency. Dan hospital tak kan buat begitu bagi kes yang sebegitu. Dan mana logik nya lagik. Kata tak di tuntut. Tapi mak dia datang. Kalau nak buat cerita biar lah boleh diterima akal yang waras. Bagus nak buat tauladan tapi kena lah buat jalan cerita yang betul.

  17. alfie says:

    sbenarnya kita tk perlu tkut.ini semua ptunjuk dr Allah S.W.T. kpd kita yg msih hidup.bila iman kuat di dlm diri,kita akan hadapinya dgn tenang.ambillah iktibar & pengajaran dr cerita ini..

  18. Abdullah Zairi Bin Din says:

    subhanallah ….. Ayuh tingkatkan ketakwaan kepada Allah selagi diberi peluang menghirup udaranya … semoga dosa – dosa dan perbuatan syirik kita diampuni Allah … Insyallah

  19. wong edan says:

    benar2 seram ceritanya, tapi mengandung hikmah yang sangat besar
    terimakasih

  20. subhanallah……itulah kekuasaan allah SWT

  21. din says:

    eringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.

    Tapi mayat ayah saya lebih putih daripada asal. Apa interpretasinya pulak?

  22. anna says:

    sweem banget

  23. Om Ted says:

    walaupun Hidup seribu tahun kalau tak sembayang apa guna nya…… ALLAHu AKBAR…

  24. x seram says:

    x seram lansung

  25. Biarlah logik cerita tu says:

    Hays
    saya sangat setuju dengan Hay.

    “Maaf… Satu cerita yang tak logik. Masok akal ke hospital telefon jam 3 pagi untuk urus jenazah yang dah seminggu tidak di tuntut. Ni bukan nya kes emergency. Dan hospital tak kan buat begitu bagi kes yang sebegitu. Dan mana logik nya lagik. Kata tak di tuntut. Tapi mak dia datang. Kalau nak buat cerita biar lah boleh diterima akal yang waras. Bagus nak buat tauladan tapi kena lah buat jalan cerita yang betul”

  26. Muldian Patrianusa-Pekanbaru,Riau,Indonesia. says:

    Subhanallah. Allah SWT akan berikan hidayahNya kepada siapa yg dikendakiNya, salah satunya kabar Ghaib ini.

  27. semuanya makhluk allah..

  28. Yusry Abu Bakar says:

    Menarik Dan informatik

  29. aina says:

    subhanallah

  30. Scottjoe says:

    Peringatan bagi umat islam,jangan tinggalkan shalat fardhu karena waktu yang berlalu takkan pernah terulang.Ingat kekuasaan-Nya.Tapi selain sahalat umat islam harus amalkan makna dari shalat di kehidupan sehari-hari

  31. Muctar Jalil says:

    Logik ke tak ceta ni aku tak kisah… tpi mesej yg amat jelas tu ttg solat… printah tu dtng dari Allah swt sejak zaman Rasulullah lgi… pelbagai kisah ttg bab melakukan atau meninggalkan solat yg dicetakan dlm hadis dn kitab2 yg lain… namun hakikatnya brapa bnyak umat islam yg bragama islam kunun yg menegakkan dn mndirikan tiang agama islam (solat) ni??? Rasanya memang wajar le ceta ni dikisahkn… coz tren skrg ni org kite suka baca & tngok ceta2 bgini… hrap2 dpat hidayah… klu baca quran mana reti kn….

  32. Achmad Fahruzaman says:

    Assalamu’alaikum wr.wb.
    Perkenalkan nama saya Achmad Fahruzaman dari Jakarta, Indonesia. Luar bisa sekali pengalaman Ustadz dan sungguh menggugah keimanan seseorang. Semoga yang membaca Pengalaman Ustadz senantiasa ditambahkan iman dan taqwanya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Amin.

  33. afiqqqqqJEWWWW says:

    rasa nak terkencing …….

  34. ina says:

    betul ke ni? sya pernah dengar cerita yang serupa sewaktu kecil dulu..sangat serupa apa yg mak dia cerita psl anknya tu..erm..

  35. Hasnul Mubakir says:

    Salam, just nak tanya … setahu saya balasan meninggalkan solat secara sengaja ialah 90 tahun. Yang mana satu yang benar? 80 000 tahun atau 90 tahun …. mohon beri penjelasan.

  36. sultan naina mohamed says:

    uztaz nak tanye sikit …..lah mcam mana nak halau jin dalam rumah dah macam macamyang saya buat tapi tak makan saman .. dia cuma ganggu masa nak tido contonya terkam bagi mimpi buruk tapi saya tak perna nampak dia… tapi masa tido kalau dia datang
    boleh rasa katil di goyang goyang rasa mcm dia terbang terbang dalam bilik tolong ustaz bagi tip macam mana nak halang dia berada dlm rumah baca quran dia tak makan saman ..baca ayat kursi pun tak makan juga tq

  37. Yusri says:

    Saya nk Tanya dgn ustat ape hukun nye klw isteri yg curang terhadap suami nye?? Tolong jelas kan pada saya…??