Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi)
![]() |
Bermula dengan era kamera DSLR, bidang fotografi dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Namun tahukah kita, bahawa ramai yang menceburi bidang ini tetapi telah melanggar syariat Islam.
By Shah
On February 6, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, bidang fotografi, Dilema Fotografi, Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Fotografi, haram ambil gambar tak tutup aurat, hukum ambil gamabr, Hukum Ambil Gambar, hukum ambil gambar harus, hukum ambil gambar perempuan, hukum ambil gambar tak tutup aurat, hukum bidang fotografi, hukum fotografi, hukum jadi fotografer, hukum mengambil gambar, Isu Fotografi, pekerjaan bidang fotografi, soal jawab agama, Yang Ariff
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Subhanallah! Kisah Keislaman Adam Corrie Lee AbdullahFebruary 27, 2013
- Apabila Sahabat Meminta Kain Kesayangan Rasulullah SAWFebruary 19, 2013
- Renungan – Mesrakah Masjid Dengan Kanak-Kanak?October 30, 2012
- Bicara Agama – Hukum Menghormati Jiran TetanggaOctober 29, 2012
- Bicara Agama – Hukum Memenuhi Undangan Majlis PerkahwinanOctober 27, 2012
Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi) | Sejak akhir-akhir ini, ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. Bermula dengan era kamera DSLR, bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Ekoran daripada itu, ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam. Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).
Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Melayukini.net - Maka, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Berkenaan tentang fotografi pula, elakkan kita mengupload gambar-gambar yang tidak menutup aurat terutamanya pengantin perempuan. Selain menambah dosa, kita juga turut mendapat saham kerana mendedahkan gambar orang Islam yang tidak menutup aurat.
Sumber: Yang Ariff | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net
Comments are closed.
Comments
Kata Kunci Popular
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi Manis
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah
- Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia
- Mengancam! Adakah Ini Kapal Angkasa Di Jepun? (16 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Pelik! Kanak-Kanak Ini Terpaksa Hidup Dalam Keadaan Gelap
- Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di Malaysia
- Ngeri! Dayung Kayak Cair Terkena Lelehan Larva Gunung Berapi
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009
- Subhanallah! Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Yang Belum Pecah
- Biar Betul! Hanya Cagar Keju Boleh Dapat Pinjaman Wang (Video)
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori
- Pelik! Wanita Ini Suka Memeluk Orang Yang Tidak Dikenali
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu Laju
- Ngeri! Pencuri Besi Putus Kaki Dilibas Parang
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks
- Seram! Apabila Pontianak Mengamuk Kerana Kain Batik
- Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto)
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.







terima kasih ats info..baru tahu..
saya ada soalan. hukumnya adalah haram jika si pengantin perempuan mendedahkan auratnya ketika mengambil gambar.adakah ini berkaitan muhrimnya juga? ternyata haram bagi lelaki melihat aurat bukan muhrimnya. bagaimana pula jika si photografi itu adalah semuhrimnya????
Jika fotografer tersebut semahram (orang yang haram berkahwin) dengan dia. tak ada masalah. Boleh.
Yang menjadi masalah adalah perempuan yang mendedahkan aurat kepada yg bukan mahram.
Rasanya takpe je kalau muhrim yg ambil…Yang menjadi tidak-apa ialah bila gambar tu siap, pastu tu dia…tayang bagai nak rak di fb dan lain2…
kalo yg ambik gambar tu muhrimnya..yg cuci gambar tu kena make sure jugak la muhrim dia..dan gambar tu nnt jgn nak papar di mana-2..letak bawah tilam sudeyy..