Hukum Aqiqah Untuk Anak Lelaki

| February 21, 2012

Hukum Aqiqah Untuk Anak Lelaki | Ikuti soal jawab mengenai hukum aqiqah yang telah ditanya oleh seorang individu kepada Ustaz Nor Amin. Persoalan tersebut berkaitan tentang hukum aqiqah untuk anak lelakinya. Jom ikuti soal jawab di bawah ini.

Soalan: Jiran saya mahu buat aqiqah untuk anak lelakinya. Namun dia hanya mahu sembelih satu ekor kambing dan seekor lagi mahu ditangguhkan dulu. Alasannya, jika disembelih sekali 2 ekor dia takut dagingnya tidak habis dimakan oleh para jemputan.

Kambing yang seekor lagi mahu diaqiqah dan diniatkan bersekali dengan majlis doa selamat untuk saudaranya yang mahu menunaikan ibadah haji, kerana saudaranya itu menanggung harga 2 ekor kambing yang diaqiqahkan itu.

Apa hukumnya Ustaz? Betul ke niat nya?

Sekian, terima kasih.

Jawapan

Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

“Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila  ia telah berkemampuan, maka  bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya.

Lebih cantik lagi, kita jangan tangguh ibadah aqiqah anak ini, sebab menjadi tanggungjawab ibu bapa mengaqiqahkan anaknya yang telah dilahirkan. Tidak menjadi permasalahan baginya yang mengatakan takut akikah 2 ekor kambing tidak habis di makan oleh tetamunya. Daging aqiqah sunat kita masak dengan masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.  Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.

Satu lagi masalah yang timbul dalam perkara ini ialah nazar. Ucapannya seperti “1 ekor kambing lagi akan dilakukan pada majlis doa selamat saudaranya untuk menunaikan haji” telah menjadi nazar beliau. Apabila telah menjadi nazar, maka ia telah menjadi wajib dan perlu dilaksanakan. Jika gagal ia akan berdosa dan perlu membayar kifarah sebanyak 3 hari puasa berturut-turut.

Melayukini.net - Maka, kita pun sudah mengetahui bahawa hukum mengadakan aqiqah hanyalah sunat mu’akad dalam Islam. Rasulullah SAW pun tidak mengatakan ia adalah wajib dalam Islam. Tapi kita kena sedaya upaya untuk menunaikannya kerana itu hak anak kepada kita. Boleh?

Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • syarat aqiqah anak lelaki
  • aqiqah anak lelaki
  • syarat akikah anak lelaki
  • hukum tidak mengadakan akikah
  • syarat aqiqah untuk anak lelaki
  • Syarat hakikah budak lelaki
  • syarat sah aqiqah anak lelaki
  • bolehkah aqiqah 1 ekor kambing untuk anak lelaki
  • akikah lembu
  • aqiqah bayi lelaki

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments are closed.