Ustaz Azhar Idrus – Hukum Berkaraoke

Ramai orang tertanya-tanya mengenai hukum sebenar dalam berkaraoke. Ustaz Azhar Idrus telah menajwab persoalan daripada hadirin mengenai apakah hukum kita berkaraoke di rumah?

Ustaz Azhar Idrus – Hukum Berkaraoke | Ramai juga yang ingin tahu apakah sebenarnya hukum nyanyi karaoke ni? Alhamdullilah, soalan ini pernah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus. Mari kita dengar dan baca ulasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berkaraoke.

Soalan daripada hadirin.

Soalan – Bolehkah kita berkaraoke di rumah bagi menghiburkan hati tanpa bergaul dengan lelaki dan perempuan? Apa hukumnya ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Apa itu Karaoke ?

Karaoke adalah satu bentuk nyanyian yang mengeluarkan suara dalam bentuk minus one seperti yang terdapat dalam video karaoke. Sekarang ini karaoke canggih, dan kita bebas untuk memilih jenis lagi seperti rock, nasyid dan sebagainya.

Hukum Berkaraoke?

Berkaraoke di rumah. Jika tiada lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya adalah diharuskan. Selain itu, perlu memastikan yang lagu tersebut tidak haram, lirik tidak haram dan sebagainya.

Jika anak-anak perempuan sedang menyanyi, dan jiran datang mendengar. Hukum karaoke tetap haram kerana diperdengarkan kepada orang yang bukan mahram. Sama jugalah jika berkaraoke di pusat karaoke, wanita yang menyanyi suara tersebut boleh didengari sehingga ke luar bilik. Jadi, kita perlu renungkan semula.

Selain itu, muzik yang kita nyanyikan, jangan sampai ia menggangu jiran sebelah kata ustaz Azhar Idrus.

Melayukini.net - Sebagai orang Islam, dalam hiburan diharuskan asalkan kita tidak berlebih-lebih dalam membuat satu perkara. Jangan alpa dan lagha dengan sesuatu perkara yang duniawi. Asalkan kita tahu batas-batas dalam Islam. Terima kasih Ustaz Azhar Idrus yang memberi pencerahan kepada kita semua hari ni.

Jangan lupa untuk layari koleksi Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge

 



Comments

  1. jawapan yg dia bagi… ustaz mana pun ckp sama… tak payah cakap pun org tahu

     —