Tragedi Berdarah 2012 – 10 Gambar Kemalangan Lumut 7 Mati
![]() |
Tujuh orang mati dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kereta Honda dan sebuah trailer di Lumut awal tahun 2012 yang lalu. Berikut merupakan gambar kemalangan.
By Huzaifah Al-Selangori
On January 3, 2012 At 4:10 pm
Category : Tempatan
Tags : Abdul Rashid Abdul Aziz, Ahmad Faizal Mohd Termizi, Badrul Isa Sulaiman, Datuk Seri Kong Cho Ha, Gambar Kemalangan, Gambar Kemalangan Lumut, Honda Civic, Honda Stream, Hospital Seri Manjung, Kemalangan, Kemalangan 2012, Kemalangan 7 Mati, Kemalangan Honda, Kemalangan Honda Stream, Kemalangan Jalan Raya, Kemalangan Lori, Kemalangan Lumut, Kemalangan Ngeri, Kemalangan Setiawan, Kemalangan Terbaru, Mohamad Hadi Sulaiman, Mohamad Kamil Samsuri, Mohamad Shadan Mohd Arshad, Mohd Hisam Mat Zaki, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, Shaharudin Abdullah, Tempatan, Tragedi Berdarah, Tragedi Lumut
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)May 20, 2013
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)May 19, 2013
- Biar Betul! Bagaimana Kereta Ini Dipandu Tanpa Stereng?April 22, 2013
- Gambar Punca Kubur P Ramlee Musnah TerukApril 2, 2013
- Ngeri! Anak Sanggup Pukul Bapa Sehingga MatiMarch 12, 2013
Tragedi Berdarah 2012 – Gambar Kemalangan Lumut 7 Mati | Tujuh maut dalam satu kemalangan terbaru membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua buah kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir, di sini. Dalam kemalangan terbaru yang ngeri pada 10.30 malam itu, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalamai kecederaan parah dan kritikal, meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharudin Abdullah berkata kejadian melibatkan kereta jenis Honda Stream dan Honda Civic serta sebuah lori treler. Menurutnya, ketika kejadian kemalangan terbaru itu, kereta jenis Honda Stream yang dinaiki 8 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke rumah mereka di Lekir.
“Ketika sampai di tempat kejadian, kereta Honda Stream yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong dari arah kiri sebelum cuba memasuki semula aliran lalu lintas. “Bagaimanapun, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terus memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya kesan daripada pertembungan tersebut menyebabkan beberapa penumpang kereta tercampak di atas kereta Honda Civic.
Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, yang kesemuanya dari Lekir, Setiawan. Bagaimanapun, pemandu kereta Honda Stream, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang berasal dari Jeli, Kelantan meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini di HSM.
Shaharudin berkata satu lagi penumpang kereta berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu lori treler dikenali sebagai Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan masih dirawat di HSM. “Semua mayat telah dituntut oleh keluarga mereka pagi tadi dan dijangka dikebumikan di kampung masing-masing hari ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha turut berada di tempat kejadian kemalangan terbaru itu bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh beberapa buah gerai menjual buahan-buahan dan ladang kelapa sawit berhampiran.
Kong yang turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa berkata beliau akan meminta pihak berkuasa mengkaji semua kedudukan gerai makanan dan buah-buahan di sepanjang laluan tersebut.
“Gerai-gerai di situ dipercayai telah wujud lebih 15 tahun lalu iaitu sebelum jalan raya tersebut dinaik taraf lagi. “Saya meminta perkara itu (kedudukan gerai) dikaji semula dan sekiranya perlu mungkin sudah sampai masanya ianya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat,” katanya di sini, hari ini.
Lagi Gambar Kemalangan Lumut 7 Mati
Melayukini.net – Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah menerima ketentuan Ilahi. Al fatihah.
Sumber Berita: Bernama | Gambar: Miazarraannur | Layari Berita Kemalangan Melayukini.net
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Pelik! Lukisan Ini Dikatakan Bernilai USD$44 Juta (4 Foto)
- Pelik! Mengapa Semua Bangku Di Sini Berpaku
- Ngeri! Kemalangan Maut Putus Kepala Di MRR2 (7 Foto)
- Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!)
- Gempar! Penumpang Air Asia Dihalang Menaiki Pesawat (Panas!)
- Subhanallah! Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia (5 Foto)
- Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia (4 Foto)
- Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Dato’ Seri Najib?
- Gempar! Tsunami Ombak Ais Yang Mengerikan (8 Foto)
- Siapakah Yang Mengasaskan Kedai Sukan Al-Ikhsan? (Menarik!)
- Cara Hilangkan Gula Getah Yang Melekat Di Seluar (Menarik!)
- Unik! Adakah Ini Jalan Paling Curam Di Dunia? (8 Foto)
- Biar Betul! Tayar Basikal Ini Boleh Dilipat (6 Foto)
- Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto)
- Pelik! Mengapa Kanak-Kanak Ini Bertopeng? (8 Foto)
- Mengancam! Bina Pondok Atas Menara Batu (6 Foto)
- Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta
- 7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel (Menarik!)
- Biar Betul! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu
- Gempar! Rakaman Pokok Menjerit Bila Ia Dahaga
- Unik! Ukiran Kayu Skateboard Hanya Di Mumbai India (6 Foto)
- Pelik! Pemuda Ini Dilarang Ke Perpustakaan Di Seluruh Dunia
- Misteri! Benarkah Jambatan Ini Tempat Anjing Bunuh Diri? (Video)
- Wah! Menangkap Tikus Bukan Tugas Kucing Lagi?
- Pelik! Wanita Ini Berasa Seksi Mempunyai Janggut
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.


















Komen Terbaru