Misteri Dengkuran Gergasi Di Kota Samarahan Terjawab?

| January 18, 2012

Misteri Dengkuran Gergasi Di Kota Samarahan Terjawab? | Insiden ‘bunyi pelik dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari 2012 lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.


Mungkin ada lubang gergasi yang tersembunyi di mana-mana yang menyebabkan kejadian bunyi pelik ni kot? Maklum la, musim hujan, tanah runtuh, logik je kalau ada lubang gergasi muncul.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi pelik telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. Sila rujuk di sini: The Borneo Post.

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Projek Rahsia HAARP dan DARPA

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi pelik itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP). HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi pelik dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya

Video Bunyi Aneh Yang Menakutkan Penduduk Kota Samarahan Sarawak

Melayukini.net – Jika sains tidak dapat membuktikan dari mana datangnya suara dan bunyi aneh itu, berpijaklah di bumi yang nyata di mana, adanya alam ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh manusia. Percaya kepada alam ghaib ni merupakan salah satu dari rukun iman, seperti percaya adanya syurga dan neraka, percayanya ada hari akhirat dan percaya kepada qada dan qadar. AKAN TETAPI, janganlah kita terlalu taksub dengan bunyi tersebut sehingga boleh syirik. Semoga kita semua dijauhkan dari dosa syirik yang tidak diampun oleh Allah. Wallahualam.


Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Luar Biasa Melayu Kini Net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. elly says:

    kawannya berdengkur kat sebelah….lepas tu dia rakam

  2. Muhammad Ezanie says:

    dh terjawap dh..
    dari kilang ap ntah..
    tp bunyi pelik kt luar ngara x terjawap lg..

  3. Dengar citenya, MOSTI saja jawab camtu supaya perkara ni tak dibesar2kan dan menjadi berita utama negara.

  4. org sarawak says:

    wktu kjadian nii . awan d langit pun plik … mcm bergulung2 dalam barisan

  5. alalala cek cek says:

    err…aku dengar muzik game left 4 dead ,,,,,spe2 penah main game left 4 dead cbe dngar btul2 ==” ………. btul ke ni bunyi dengkur?

  6. marvien says:

    Kan ari tu sudah diberitahu hasil sisatan yang dibuat bunyi tu asal dari kilang pemprosesan kelapa sawit..

  7. rara says:

    petanda nk kiamat ni…tuhan da bg petunjuk skit²,da mcm² benda pelik jadik semuanya atas kekuasaan Allah..

  8. Aku says:

    Bodoh.! Kilang sawit di samarahan la bodoh