Honda Insight – Kereta Jimat Minyak Terunggul Di Malaysia

| January 20, 2012

Honda Insight – Kereta Jimat Minyak Terunggul Di Malaysia | Untuk makluman, pihak Melayukini telah dipilih untuk mencuba Honda Insight; sebuah kereta berteknologi hybrid yang dikatakan mempunyai penjimatan minyak yang terbaik. Acara yang diadakan pada 13-14 Januari 2012 dari Petaling Jaya-Port Dickson-Melaka itu turut disertai oleh blogger-blogger Malaysia yang mantap seperti Kujie2, Denaihati, Ben Ashaari, Jari Halus, Fazreen, Azfar9897, The Car Guys, Issac Tan, Kenwooi, Michael Yip, RebeccaSaw dan Art Dynamics. Memang best dok ngan depa ni. Otak gila-gila hehe. Terima kasih Honda Malaysia kerana sudi menjemput Melayukini.

Gambar para blogger yang menyertai pengembaraan Honda Insight

1. Apa tu Sistem Hybrid?

Aku tau ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik. Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta biasa. Cuba pada waktu-waktu tertentu (ketika menggunakan gear rendah), motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.

2. Apa Pula Honda Insight?

Honda Insight adalah satu segmen kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik). Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda penjimatan minyak kereta ni.

3. Apa Beza Honda Insight Dengan Kereta Hybrid Lain?

Sebelum menjawab tentang perbezaan, kena bagitau dulu persamaan dulu. Persamaan Honda Insight dengan kereta hybrid lain ialah mereka menggunakan sistem hybrid iaitu ada dua enjin; enjin petrol dan motor elektrik. Manakala perbezaan Honda Insight Hybrid dengan jenama lain pula ialah Honda Insight mempunyai sistem khas yang unik dipanggil Ecological Drive Assist (ECO) assist, iaitu ECON mode (boleh diubah ikut kesesuian), Guidance Function (warna di speedometer berubah mengikut gaya pemanduan) dan Scoring Function (lagi jimat gaya pemanduan, lagi besar daun tu akan tumbuh hehehe).

Honda Insight juga mempunyai waranti bateri selama 5 tahun. Cuba bayangkan, kalau kereta biasa, paling kuat bateri boleh tahan pun 1 atau 2 tahun je. Tapi Honda insight ada waranti 5 tahun. Bermaksud, sepanjang 5 tahun korang guna Honda Insight, kalau ada masalah bateri, boleh tukar tanpa caj! (Fakta: Honda Insight adalah satu-satunya kereta hybrid yang memberi waranti bateri paling lama di Malaysia.)

Rekabentuk dalaman Honda Insight juga memang sangat menarik, teratur dan mudah (user-friendly). Memang tipikal semua kereta Honda macam ni. Tampak elegancy. Memang sangat class.

4. Kenapa Honda Insight?

Mengikut kajian (LINK) yang dilakukan di negara barat, korang boleh jimat sehingga RM5000 setahun dengan purata perjalanan 20000 KM (kalau convert nilai matawang yang diberitahu dalam penyelidikan itu la), hanya dengan menggunakan kereta jenis hybrid. Berita baiknya ialah, kereta hybrid yang paling mantap dan mempunyai rekabentuk yang menawan lelaki dan perempuan di Malaysia adalah Honda Insight. Bukan sahaja harga Honda Insight adalah murah (bawah RM100,000) tetapi sangat berpatutan. Kalau setahun dapat jimat RM5000, kalau 9 tahun (pinjaman kereta biasa), dah boleh jimat RM45000!!!!! Biar betul???? Hehehe.

5. Maklumat Tambahan Honda Insight Infografik

Mungkin korang masih tak paham lagi sebab korang bukan jenis yang membaca tetapi jenis grafik, di bawah ni ada 3 infografik yang boleh korang tengok untuk memahami lebih lanjut tentang Honda Insight hybrid ni. Apa tunggu lagi, boleh la cuba pandu di pusat Honda yang berdekatan.

a. Sejarah Honda Hybrid di Malaysia

Klik untuk paparan lebih besar :O

b. Apa dan Bagaimana Hybrid Berfungsi

Klik untuk paparan lebih besar :O

c. Ciri-Ciri Kelebihan Honda Hybrid

Klik untuk paparan lebih besar :O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • harga honda insight
  • masalah honda insight
  • makna kereta hybrid
  • kereta hybrid di malaysia
  • kereta jimat minyak di malaysia
  • harga honda insight hybrid di malaysia
  • kereta malaysia jimat minyak dan tahan lama
  • kereta paling jimat di malaysia
  • kereta hybrid paling murah di malaysia
  • kereta hybrid malaysia

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.