Cari Makna Perkataan English Dengan WordWeb

| January 9, 2012

Cari Makna Perkataan English Dengan WordWeb | Daripada pengalaman saya, untuk mahir dalam Bahasa Inggeris, adalah lebih elok bila kita merujuk kepada kamus Inggeris-Inggeris berbanding dengan Inggeris-Melayu. Ini kerana ia akan melatih kita untuk membiasakan diri dengan struktur ayat serta bagaimana perkataan tersebut digunakan, bukan hanya sekadar terjemahan tersebut perkataan sahaja.

Untuk mencari makna sesuatu perkataan, biasanya kita menggunakan Google. Hanya taipkan ‘define: perkataan’ dan Google akan memaparkan maksudnya dalam Bahasa Inggeris.

Namun jika anda mahukan perisian yang boleh berfungsi tanpa sambungan Internet, gunakan WordWeb. Bukan sahaja ia lebih pantas, malah ia boleh dilancarkan dari mana-mana aplikasi lain dengan menekan kekunci: Ctrl + Klik kanan (pada perkataan yang anda ingin cari maknanya).

WordWeb adalah perisian kamus Inggeris ke Inggeris. Selain menerangkan maksud perkataan, ia juga memaparkan sinonim, antonim, serta perkataan yang hampir sama maksudnya (thesaurus).

Melayukini.net - Gunakan WordWeb untuk membantu anda memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris. Cara paling berkesan untuk tujuan tersebut adalah dengan banyakkan membaca. Tidak kiralah samada anda minat novel, berita, ataupun artikel berkenaan teknologi – hanya teruskan membaca!

Sumber: Sembang Komputer | Koleksi Komputer Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • Kamus untuk cari maksud dalam bahasa inggeris
  • maksud perkataan dalam bahasa english
  • perkataan lucah inggeris

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Komputer

About the Author ()

Comments are closed.