Berkilogram Batu Hablur Emas Dijumpai Penduduk Di Johor

| January 10, 2012

Berkilogram Batu Hablur Emas Dijumpai di Johor | Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen. Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin. Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen. Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000. Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.

Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas. “Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan. Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin. Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar. Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit. Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.

Melayukini.net – Dengar khabar angin dalam satu catatan sejarah (macam peta harta karun juga), tanah Melayu merupakan tempat simpanan emas yang paling besar di dunia. Bukankah tempat kita pernah dipanggil Semenanjung Emas? Tetapi simpanan emas ini masih la terkubur di bawah tanah. Bilakah kita akan ketemunya? Mungkin ada hikmah Allah masih lagi tidak memberi kita nikmat emas ni. Takut kita semua leka. Wallahualam.


Sumber: Harian Metro Online | Layari Berita Tempatan Menarik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Yazeed_muar says:

    Saya memang mengikut blog sedara sejak 4 bulan lepas. Banyak info yang berguna untuk berkongsi bersama. Syabas dan tahniah. Teruskan usaha anda.
    Berkenaan entry ini, saya berpendapat Semenanjung Malaysia ini memang terkenal dengan ‘Semenanjung Emas’ seperti mana tercatat dalam buku sejarah dulu. Mungkinkah Emas Hitam (Minyak) yang dimaksudkan? Wa allahu alam.

  2. Dalam catatan sejarah tu, ilmu minyak hitam (petroleum) masih tak berkembang lagi. Bila kata emas, emas yang sebenar, bukan emas metaphora. Wallualam.

    P/S: Thanks for mengikuti blog ni :D