Bahagian Penting Processor Komputer

| January 15, 2012

Processor mempunyai tiga bahagian penting iaitu seperti berikut :

Arithmatics Logical Unit (ALU)
ALU Merupakan pusat dari semua kiraan matematik bertujuan menjalankan segala arahan yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah sistem PC.

Control Unit (CU)
CU merupakan bahagian yang mengatur semua laluan data dan kiraan yang dilakukan oleh processor. Dengan adanya unit ini, semua kiraan dan pelaksanaan boleh dilakukan mengikut urutan tanpa masalah tindihan antara satu arahan dengan arahan yang lain.

Memori Unit (MU)
MU
merupakan unit sokongan. Semua arahan yang kerap digunakan oleh processor akan disimpan dalam bahagian ini. Dengan adanya memori unit, processor tidak perlu membawa arahan yang sama kebahagian yang lain. Oleh yang demikian, tempoh yang diperlukan bagi menjalankan arahan-arahan penting boleh dipendekkan atau dijimatkan.

Dalam processor yang moden, memori unit sudahpun berada dalam bahagian tersebut (c0re). Secara umumnya, memori ini disebut sebagai cache memory yang diletakkan pada sebuah processor bagi memastikan kelajuan pelaksanaannya adalah baik.

Melayukini.net - Dalam sistem komputer, terdapat beberapa proses yang akan terjadi seperti proses output, input dan sebagainya. Proses-proses ini yang membantu komputer untuk mengeluarkan arahan dan menerima arahan.

Sumber: Rahsia Siber | Koleksi Komputer Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Komputer

About the Author ()

Comments are closed.