7 Tips Bagaimana Mengenal Madu Tiruan (Menarik!)
Pengambilan Madu Tiruan Akan Membahayakan Kesihata. Oleh itu, Sebagai Penggemar Madu Kita Perlulah Tahu Dan Mengenalpasti Cara-cara Mengenali Madu Tiruan Atau Asli. (Menarik!)
By
On December 1, 2011 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : Bagaimana tau madu tiruan, cara mengenal madu tiruan, cara mengenal pasti madu asli, cara mengenalpasti madu tiruan, Kesihatan, kesihatan dan riadah, khasiat madu lebah, madu berkhasiat, Madu Lebah, madu sunnah rasulullah, madu tidak asli, madu tiruan, tips mengenal madu tiruan, tips mengetahui madu tiruan
Responses : 2 Comments
Sering sahaja kita mendengar lambakan madu tiruan. Hal ini dapat menggusarkan kita kerana pengambilan madu tiruan akan membahayakan kesihatan dan menyebabkan diabetes. Oleh itu, anda sebagai penggemar madu iaitu makanan sunnah Rasulullah ini, perlulah tahu dan mengenalpasti cara-cara mengenali madu tiruan atau asli. Moga tips yang diberikan ini membantu anda untuk memilih madu dan seterusnya menjaga kesihatan anda!

- Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
- Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
- Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
- Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.
- Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
- Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
- Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.
Melayukini.net : Insyallah ,cara betul untuk mengenal madu asli seperti yang dikongsikan ye. Semoga teruskan menjaga kesihatan anda dengan mengamalkan pemakanan Rasulullah.
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net






ada satu lagi cara;
titiskan madu kat atas kertas, pastu tengok belah bawah kertas tu, kalau xde kesan basah, maknanya tu madu asli
(ni ayah aku yang ajar, dulu dia banyak bela lebah)
sollehahn recently posted..20 Laman Web Paling Popular di Malaysia – November 2011
Terima kasih kerana berkongsi :D