Resepi Cara Buat Seri Muka Pandan (Sedap!)

| December 4, 2011
 

Resepi seri muka sering dihidangkan sebagai hidangan ringan seperti dalam jamuan ringkas, minuman petang dan sebagainya. Cara penyediaan cukup mudah. Cubalah resepi seri muka pandan.

Bahan-bahan ( 10 orang – loyang 10 in) )

  • Bahan A
  • 3 cawan beras pulut (direndam – 1 jam )
  • 1cawan santan pekat (1 biji kelapa/ 1 kotak )
  • 1 camt garam
  • 1 cams gula ( untuk tahan lama )
  • 1 cawan air
  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan tepung kastard dan 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat (1 biji)
  • 2 cawan air pandan
  • 1 cawan gula ( gula dikurangkan dpd sukatan asal 11/4 cwn terlalu manis)dan 1/4 camt garam
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Alas loyang dengan plastik dan panaskan kukusan.
  2. Masukkan pulut yang telah direndam tadi
  3. Masukkan santan pekat, garam,gula dan air (kacau rata).Kukus hingga masak.
  4. Setelah masak keluarkan dari kukusan dan tekan biar padat.
  5. Blanderkan sekali telur, air pandan,santan, tepung kastard, tepung gandum serta pewarna hijau.
  6. Panaskan sehingga naik wap, tuang atas loyang pulut tadi.
  7. Kukus hingga masak ( antara 15 – 20 minit)

Melayukini.net – Jangan potong sekiranya serimuka masih berada dalam keadaan panas. Biarkan ia sejuk dahulu, barulah dipotong dalam keadaan pejal.

Sumber: My Resepi | Koleksi Resipi Makan Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • resepi kuih seri muka sukatan cawan
  • seri muka sukatan cawan
  • kuih seri muka sukatan cawan
  • resepi
  • resepi laksa penang paling sedap
  • resepi mee hailam johor sedap
  • resepi nasi ayam hainan paling sedap
 

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Resepi Makan

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.