Resepi Roti Pita Dengan Daging (Special!)

| December 6, 2011

Roti pita sering kelihatan dijual di kedai-kedai, terutamanya di pasar malam. Menu ringkas yang didatangkan dengan roti pita ayam atau daging cukup menyelerakan. Jom belajar resepi roti pita dengan daging.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 ulas bawang putih dipotong kecil
  • 1 bawang besar dipotong kecil
  • 4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil
  • 200g daging (atau ayam) kisar
  • 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • Cabbage dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
  • Serbuk lada secukup rasa
  • 4 roti pita

Cara-cara

  1. Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.
  2. Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan.
  3. Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.
  4. Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.
  5. Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada bahagian dalam roti pita tersebut.
  6. Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak mengoyak roti pita itu.
  7. Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.

Melayukini.net – Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging tersebut. Tetapi harus dipotong kecil.  Keju juga boleh diletakkan untuk menjadikannya lebih sedap.

Sumber: My Resepi | Koleksi Resipi Makan Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Resepi Makan

About the Author ()

Comments are closed.