Petua Hilangkan Selulit (Info Menarik!)

| December 23, 2011

Adalah dianggarkan hampir 90% wanita mempunyai masalah selulit. Gemuk atau kurus, kedua-duanya tidak dapat lari daripada masalah ini. Selulit sering muncul pada bahagian paha dan punggung. Ia terhasil daripada gumpalan lemak dan cecair. Jadi bagaimana anda ingin mengatasi selulit ini dengan lebih berkesan?

1. Makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

2. Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3. Menyahkan selulit boleh dijayakan dengan melakukan senaman, banyakkan mengambil air suam dan kurangkan minuman berkafein dan beralkohol.

4. Kurangkan pengambilan gula, mentega, lemak haiwan dan garam, sebaliknya banyakkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayuran berwarna terang kerana ia mengandung antioksidan seperti mangga, bayam dan tomato.

5. Selulit lebih pantas hilang jika melakukan senaman secara teratur kerana aktiviti berkenaan membantu membuang racun dan kelebihan lemak di bawah kulit.

6. Hindari alkohol, minuman berkafein, sebaliknya lebihkan pengambilan air kosong. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

7. Kurangkan makanan bergula, garam dan berlemak. Sungguhpun ada produk makanan menyatakan kurang lemak, ia mungkin menggantikannya dengan gula.

Melayukini.net – Untuk mendapatkan hasil seperti petus di atas, kita perlulah sentiasa amalkan tips di atas untuk mengatasi selulit. Semoga ia membantu anda!

Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • selulit

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.