Petua Hilangkan Selsema (Mesti Baca!)

| December 7, 2011
 

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Langkah seterusnya boleh disusuli dengan petua hilangkan selsema di bawah

1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.

5. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

Melayukini.net – Insha Allah, dengan izin Allah penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya tidak sekerap seperti dahulu. Selamat mencuba!

Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • cara hilangkan selsema
  • petua hilangkan selsema dengan cepat
  • cara nak hilangkan selsema
  • cara atasi selesema
  • cara hilangkan selisma
  • cara nak hilangkan selsema dengan cepat
  • menghilangkan selesema
 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. dian says:

    nice sharinggg :D

  2. Shah says:

    Semoga bermanfaat, saya pun selalu kena selsema..