Petua Hilangkan Angin Dalam Badan (Tips!)
![]() |
Masalah Angin Dalam Badan Berpunca Usus Besar Dari Akibat Gangguan Sesetengah Bahan Makanan Yang Tidak Dapat Dihadam Dengan Baik Dalam Badan Kita.
By
On December 5, 2011 At 12:30 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : angin dalam badan, cara mengatasi angin dalam badan, kesihatan angin dalam badan, kesihatan dan riadah, makanan penyebab angin dalam badan, masalah angin dalam badan, petua hilangkan angin dalam badan, punca angin dalam badan, rawatan angin dalam badan, sebab angin dalam badan
Responses : Comments are off for this post
Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
- Kacang
- Sayuran seperti brokoli
- Kobis
- Taugeh
- Bawang
- Asparagus
- Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
- Bijirin seperti roti gandum
- Minuman ringan dan jus buah
- Susu dan produk daripada susu dan keju
- Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Petua Melayu Untuk Buang Angin Dalam Badan
1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.
Melayukini.net – Kita sendiri akui mengalami masalah apabila wujudnya angin dalam badan terutamanya sakit di bahagian perut. Amalkan petua yang disampaikan, Insha Allah.
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net







Komen Terbaru