Betul Ke KL Gangster 2 Filem Termahal?
Betul ke cerita prequel KL Gangster 2 bakal menjadi filem termahal? Filem termahal di Malaysia atau hanya Skop Production je?
By Huzaifah Al-Selangori
On December 12, 2011 At 6:00 pm
Category : Hiburan
Tags : Aaron Aziz, Adiputra, Filem, Filem KL Gangster, Filem Melayu Best, Filem Termahal, Finas), Gambar KL Gangster 2, Grand Brilliance Sdn. Bhd, Hiburan, KL Gangster 2, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Rosyam Nor, Sheera Iskandar, Skop Production, Soffi Jikan, Syamsul Yusof, Tarikh KL Gangster 2, Utusan Online, Yusof Haslam, Zizan Raja Lawak
Responses : No Comments
Related Posts
- Bob Kuman Sah Meninggal DuniaMay 3, 2012
- BERSIH 3.0 – Gambar Penyanyi Aishah Di Dataran MerdekaApril 29, 2012
- 5 Gambar Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed KhazaApril 16, 2012
- Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2011April 9, 2012
- Nama Saya Aaron Bukan Mat HaronApril 3, 2012
Betul Ke KL Gangster 2 Filem Termahal? | KL Gangster bukan sahaja filem terbitan Skop Production yang paling berjaya daripada segi kutipan tiketnya yang mencecah RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 pawagam di seluruh negara, baru-baru ini. Malah, ia mencatat rekod sebagai filem Melayu yang paling banyak meraih anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM), 20 November lalu termasuklah Anugerah Box-Office.
Para pelakon KL Gangster 2 yang diperkenalkan oleh Skop Production pada majlis yang diadakan di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.
Ekoran kejayaan itu, penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau tidak teragak-agak untuk meneruskan kesinambungannya dengan menerbitkan KL Gangster 2 selain menambah kos dalam penerbitan filem tersebut.
“Kos KL Gangster 2 dijangka mencecah RM3 juta di mana ia adalah filem termahal Skop setakat ini. Kalau dulu KL Gangster pun kosnya sekitar RM2 juta sahaja. Saya berani menambah kos untuk filem ini kerana sambutan terhadap KL Gangster,” katanya.
Yusof melahirkan keyakinannya itu pada majlis pelancaran KL Gangster 2 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini, selain mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi filem tersebut. Jelasnya, beliau membuat keputusan itu selepas Syamsul yang juga merupakan anaknya membuktikan bukan sahaja mampu mengarah dengan baik tetapi juga mengutip kutipan yang boleh dikatakan cemerlang setakat ini.
“Pernah suatu ketika seorang orang kenamaan (VIP) yang berkata kepada saya bahawa Syamsul tidak layak menang anugerah Pengarah Terbaik untuk filem Evolusi KL Drift 2 pada FFM23, tahun lalu tetapi ia berlaku sebaliknya.
“Malah, tahun ini Syamsul sekali lagi memenangi kategori Pengarah Terbaik melalui KL Gangster. Dia (Syamsul) telah membuktikan kejayaannya bukan sekali tetapi dua kali berturut-turut. Saya sendiri kagum dengan kejayaannya itu.
“Saya telah mengarah filem lebih 20 tahun tetapi sampai sekarang saya masih kempunan untuk meraih anugerah yang dimenangi oleh anak saya itu. Sebab itu, saya yakin Syamsul boleh berjaya dalam bidang ini,” ungkapnya.
Sementara itu, Syamsul Yusof ketika ditemui berkata, dia tetap akan bertindak sebagai pengarah untuk filem KL Gangster 2. Katanya, KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.
Jelas Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan bantuan Rizal Ashreff, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampilkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.
“Antara mesej daripada jalan cerita yang ingin saya ketengahkan ialah bagaimana mahu membuka hati para penonton muda supaya tidak terjerumus dalam gejala sosial. Saya cuba tekankan nilai persahabatan dalam filem ini.
“Paling mencabar kerana saya mahu membawa jalan cerita ini lima tahun ke belakang daripada apa yang dipaparkan dalam KL Gangster supaya ia menjadi sebuah filem prekuel yang mampu menarik perhatian ramai,” ujarnya.
Selain skrip, jalan cerita dan mengembangkan lagi watak-watak sedia ada, pengarah muda ini tidak ketinggalan mengundang Rosyam Nor berlakon dalam filem ini.
Kemunculan Rosyam yang akan melakonkan watak ketua penjahat bernama Don dalam filem yang telah menjalani penggambarannya di sekitar Lembah Klang sejak 1 Disember lalu itu, dijangka menjadikan KL Gangster 2 lebih menarik untuk ditonton.
“Sebenarnya saya pernah mengundang Rosyam berlakon dalam KL Gangster tetapi ketika itu dia sibuk dengan komitmen lain. Saya memang mahukan dia berlakon dalam filem kali ini kerana watak itu amat sesuai dengannya,” kata Syamsul bersungguh.
Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.
Sumber: Utusan Online | Layari Gambar-Gambar pengambaraan KL Gangster 2
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetPenaja Utama
Arkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Lori Kontena Konsep (Menarik!)
- Batu Pelik Semulajadi Dari Seluruh Dunia (11 Foto)
- Kreatif! Pembinaan Sebuah Topi (6 Foto)
- Anak Perempuan Yang Belum Khitan
- Khasiat Buah Manggis (Menarik!)
- Tempat Letak Basikal Bawah Tanah (Foto + Video)
- Hukum Menyesali Perkahwinan (Mesti Baca!)
- Helikopter Penyelamat Yang Mewah (5 Foto)
- 5 Manusia Yang Mempunyai Bakat Pelik Dan Luar Biasa (Part 2)
- Kreatif! Rumah Transparent di Jepun (10 Foto)
- Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid
- Hukum Mencampuradukkan Mazhab
- Khasiat Buah Kiwi (Menarik!)
- 5 Manusia Yang Mempunyai Bakat Pelik Dan Luar Biasa (Part 1)
- Kreatif! Potret Daripada 750 Pasang Stokin (10 Foto)
- 2 Gambar Anak Harith Iskandar Terbaru (Comel!)
- Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis
- GPS Meletup Di Dalam Kereta (5 Foto)
- Gambar Manusia Pelik Di Zaman Dahulu (10 Foto)
- Kreatif! Pertanian Alaf Baru Di New York
- Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah
- 9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!)
- Dua Bas UMNO Kemalangan Dengan Trailer – 1 Maut 77 Cedera (5 Gambar)
- Konsep Kipas Yang Pelik (4 Foto)
- Menuduh Orang Lain Kafir Atau Munafiq
Paling Hot Di Facebook
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.
Disclaimer

Hak Cipta Terpelihara 2009-2011 - Informasi Malaysia Kini





Komen Terbaru