Bagaimana Ketumbit Boleh Terjadi?

| December 29, 2011

Bagaimana Ketumbit Boleh Terjadi? | Sesiapa yang ada ketumbit pada mata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat buruk iaitu mengintai orang. Benarkah begitu? Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.

Ketumbit berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria “Staphylococcus aureus”. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat dan menyebabkan penghasilan ketumbit ialah :

  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis – Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak. Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-Simptom Ketumbit

  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Bengkak di sekeliling kelopak mata
  • Sakit
  • Kelopak mata menjadi merah
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Mata berair
  • Gatal-gatal di kawasan bisul
  • Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
  • Sensitif kepada cahaya yang cerah

Ketumbit selalu berlaku pada hujung atau pangkal mata kiri atau kanan. Buat permulaan anda akan terasa radang mata, pedeh miang dan gatal di tempat yang tumbuh ketumbit. Jika dibiarkan, ketumbit akan membesar dan menghalang pandangan serta membuatkan sekeliling mata bengkak.

Rawatan Tradisional Ketumbit

Ambil sepanjang 20 atau  30 sentimeter benang hitam. Jadikan 2 lembar dan lilit di jari tangan kanan atau kiri. Kalau ketumbit tumbuh di mata kiri, ikat di jari manis tangan kanan. Begitulah sebaliknya, dan selawat setiap lilitan. Lakukan 3 tiga kali lilit dan ikat simpul mati. Biarkan lilitan itu di jari anda hingga mata terasa reda dan pulih seperti sediakala.

Melayukini.net – Teringat masa kecil-kecil, bila terkena penyakit mata ketumbit sering dikaitkan dengan perbuatan mengintai orang mandi. Haha, sungguh lawak. Sedangkan ia langsung tiada kaitan.

Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • punca ketumbit
  • kelopak mata atas bengkak
  • ketumbit mata kiri
  • penyakit di mata sejenis bisulan
  • penyebab ketumbit
  • sebab ada ketumbit
  • Sebab ketumbit mata
  • ubat tradsional untuk mata ketumbit

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Comments are closed.