Informasi Senak Perut dan Rawatan

| December 24, 2011

Informasi Senak Perut dan Rawatan | Senak merupakan segala gangguan yang tidak selesa di dalam perut. Ia ditakrifkan secara amnya sebagai sakit perut  yang berpanjangan dan berulang-ulang di tengahtengah bahagian atas perut. Gejala ini walaupun tidak mengancam nyawa  boleh mendatangkan masalah yang lebih serius sekiranya ia tidak diberi perhatian pada peringkat awalnya.

PENYEBAB AM SENAK PERUT

  • Terlalu banyak makan
  • Makan secara tergesa-gesa
  • Memakan makanan berlemak dan berminyak
  • Pengambilan alkohol berlebihan
  • Memakan makanan yang berempah dan pedas
  • Menghadapi tekanan perasaan dan kegelisahan
  • Penyakit gastritis akut
  • Penyakit kolesistitis yang kronik
  • Keradangan pankreas yang kronik
  • Ulser deodenum
  • Ulser gaster
  • Ubat seperti antibiotik dan NSAIDS

Catatan:

Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan senak. Senarai yang dinyatakan di atas bukanlah menyeluruh dan lengkap. Penyebab-penyabab lain boleh dikaitkan dengan umur dan jantina seseorang itu. Ia juga bergantung kepada ciri-ciri gangguan tersebut, seperti jangka masa ia terjadi, faktor-faktor penyembuh atau faktor yang memburukkannya dan sebagainya. Ia boleh terjadi  secara bersendiri atau dengan kehadiran atau gabungan dengan penyakit-penyakit lain.

GEJALA SENAK PERUT YANG BERKAITAN

  • Pedih ulu hati (apabila asid dalam perut tertolak naik melalui esofagus ke atas menyebabkan terasa pedih dan sakit dalam perut yang  menjalar ke bahagian belakang, di sebalik tulang dada.
  • Terasa sebu dan kembung
  • Loya dan muntah
  • Sendawa
  • Terasa mengah (kembung berlaku selepas sahaja makan)

SENAK PERUT – PENJAGAAN SENDIRI

  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan senak
  • Jangan makan berlebihan terutamanya makanan yang kaya dengan lemak. Elak dari pengambilan alkohol berlebihan
  • Cuba berhenti merokok jika anda sering mengalami ketidakhadaman. Sekurang-kurangnya jangan merokok sebelum makan
  • Untuk pedih ulu hati yang biasa, gunakan ubat antasid atau subsalisilat bismuth
  • Berehatlah selepas makan. Aktiviti fizikal boleh mengalih pengaliran darah dari perut mengakibatkan penghadaman kurang berkesan
  • Amalkan kehidupan yang bebas dari tekanan mental

BERJUMPALAH DOKTOR SEKIRANYA…..

  • Anda mengalami sakit perut yang berlarutan sehingga lebih dari  6 jam. Ini mungkin merupakan keradangan apendiks, ulser dalam perut, batu karang atau lain-lain penyakit. Anda memerlukan rawatan kecemasan apabila berlaku gejala ini.
  • Anda mengalami senak bersama dengan muntah yang berlarutan, muntah  darah, mengeluarkan najis berwarnahitam atau terdapat darah di dalamnya atau sakit bahagian atas abdomen yang  amat sangat dan senak yang anda hadapi mungkin merupakan masalah batu karang, gastrik, GERD, masalah pankreas, ulser perut, kanser dan serangan jantung; dapatkan rawatan segera.
  • Anda mengalami senak yang berulang-ulang dan diselangi dengan sakit abdomen, demam atau air kencing berwarna gelap. Ketakselesaan ini mungkin merupakan tanda-tanda batu karang, ulser dalam perut atau penyakit hati.
  • Jika senak berlaku selepas mengambil produk susu ia  mungkin merupakan alahan kepada laktosa. Elakkan dari mengambil hasil tenusu atau makan ubat seperti Lactaid sebelum memakan produk tenusu ini.

Melayukini.net – Ingatlah, gejala ini walaupun tidak mengancam nyawa  boleh mendatangkan masalah yang lebih serius sekiranya ia tidak diberi perhatian pada peringkat awalnya.

Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • punca perut senak
  • punca senak perut
  • penawar senak perut
  • perut rasa sebu lepas mkn
  • SEBAB perut rasa sebu
  • sebab senak perut
  • senak perut
  • terasa mengah selepas makan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.