8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia

| December 15, 2011
 

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia | Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Nasi Lemak

Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit

Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka

Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

4. Tudung Alien

Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana

Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

6. Tudung Siput


Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis

Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.

8. Tudung Muslimah

Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

Sumber: Soutul Mujahid via Kumbang Jingga | Layari Koleksi Informasi Menarik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • blog fesyen
  • Fesyen tudung pelik
  • 7 gambar fesyen tudung yang
  • fesyen malaysia
  • fesyen tundung pelik
  • jenis fesyen tudung
  • jenis fesyen tudung di malaysia
  • tudung pelik
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (38)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Fariz says:

    haha tudung alien xD

  2. asraf says:

    y bertudung pun kO nak mengata???? y x bertudung kO AGUNG-AGUNGKAN?????? ni lah manusia…

  3. Sejak bila aku agung-agungkan orang tak bertudung, tu memang sah-sah tak betul…aku cuma cakap fesyen tudung yang TAK IKUT SPEC ISLAM. Pakai tudung tapi aurat tak tutup. Mana penting, AURAT ke TUDUNG…tudung hanyalah cara nak tutup aurat, bukan cara tutup kepala, aurat lain bukak…

  4. fadli says:

    mane ade dia agung2 kan yg x brtudung..

  5. cikgu ayam says:

    aku suka tudung no 2, 3 dan 7 hahhaha

  6. ayam says:

    aku suka tudung no 2,3 dan 7 hahaha

  7. Althafunnisa says:

    Tak kisah apa juga jenis tudung, tapi haruslah menutup aurat. Kalau nak pakai shawl sekalipun, labuhkan sehingga menutup bahagian yang diharuskan dan tidak jarang. Tudung bukan dispesifikasikan dalam bentuk 3 segi saja. Samalah juga pakai tudung dan nampak bonggol2 unta dibelakang kepala. Jika disengajakan memang berdosa. Tapi jika memang niat untuk tidak menunjukkan bonggol tersebut dan tidak boleh dielakkan itu tidak mengapa. Walahu ‘alam. Sekadar perkongsian.

  8. @Althanfunnisa betul tu. Aku setuju sangat2..Cuma tang bonggol tu tak kire dia ada niat ke tidak, tetap salah sbb ada dalam hadis nabi, memang clear cakap benda tu tak elok.

  9. miz_nuryn says:

    betul..sgt setuju dgn entri ni…ramai sgt girls yg bertudung je..tp x tutup aurat…..tp nak mengata org yg x pakai tudung..mcm la dah sempurna tutup aurat…hnya 5% je pmpuan islam kat mlysia ni yg betul2 menutup aurat dgn smpurna..(mksudnya,tutup dada,wearing socks, baju longgar)

  10. Tu la.. Kena betulkan minda wanita-wanita di Malaysia yang aurat bukan bermaksud tutup kepala je….

  11. Rockie Haloba says:

    Wahai encik asraf, sila fhm ape isi yg cbe disampaikan. Sila jgn tnjuk kebodohan anda di sini. Sekian!! :D

  12. jejakaX says:

    yg bertudung muslimah tu ko tak censored lak muke dye.tau la comelll.haha.

  13. Hehehehehe…kalau tutup aurat dan buat benda betul, takyah nak sensor2.. :)

  14. petah bicara says:

    yang tak pakai tudung langsung tu tak nak pulak DIPAPARKAN di sini . Alhamdulillah lah kepada yang bertudung EVEN tak sempurna , drpada langsung TAK BERTUDUNG . yang dah pakai tudung tu , dia akan berubah sedikit demi sedikit kearah pemakaian yang lebih sempurna . jadi , TAK PAYAH nak pertikaikan mereka . PAHAM ?

  15. Amboi petah bicara. Memang sungguh pandai berbicara. Ni bukan isu tudung sangat. Ni isu aurat. Tudung tu hanya medium untuk tutup aurat. Orang tak pakai tudung pun leh tutup aurat, dia pakai selimut ke, pakai baju angkasawan ke…aku tak menangkan orang yang langsung tak pakai tudung pun. Aku hanya akan menangkan orang yang menutup aurat.

  16. GadisBiasa says:

    klau kita terlalu sempitkan cara pemakaian tdung, lagi mudah untuk meramaikn gadis2 yang lansung x pkai tdung n seterusnya lebih berani memndedahkan yang lebih2 lg pula.. almaklumlah, alang2 x pkai tdung, bia seksi terus.. tapi betul la yang penulis ni cuba tegakkan pasal aurat.. sebab kita tak nak tudung jadi alasan untuk kita bukak aurat lain, tapi bagi saya, tudung jadikan saya segan untuk perpakaian yang tidak sopan dan x mnutup aurat.. selagu saya bertudung, saya masih memikirkan aurat2 lain, tapi cuba bayangkan bila da x pakai tdung? msti lg byk yg didedahkan bukan?

  17. my says:

    bagus artikel ni.. sy fhm apa yg penulis cuba smpaikn..
    ini bukan soal tudung.. tp aurat.. x kisahlah nk tutup aurat guna selimut ke, kelambu ke, kain batik ke, ape2 jelah asalkan aurat ditutup dgn sempurna.. bg sy, MEDIUM apa yg kite guna utk tutup aurat x mnjadi masalah walaupun nmpk pelik. yg wajib adalah MENUTUP aurat dgn SEMPURNA.. itu yg msti kita utamakn dulu..

    kesian lah sy tgk org yg berfikiran mcm ‘petah bicara’.. YE, mmg bertudung EVEN tak sempurna lbh baik drpada langsung TAK BERTUDUNG . yang dah pakai tudung tu , dia akan berubah sedikit demi sedikit kearah pemakaian yang lebih sempurna.. betul ! tapi mcm mana die nk berubah kearah lbh sempurna klu xde org yg bgtau/nasihat.. artikel ni cuma sekadar peringatan.. mungkin ade yg kat luar sana yg bertudung tp masih BELUM tahu ape tu menutup aurat dgn SEMPURNA..

  18. yg tudung siput cam dato’ siti nur haliza je

  19. fazi says:

    ala memang la ckap psal isu aurat tp dlm mse yg sme aibkn owng…….mcm la owng sume tak tau mke2 tu sume………len kali kalo nk tujung kn cr owng tu fesyen skalipown buat la smpi owng tak knal sape dy……….tu dh mengaibkn owng…….tau kn hukum dy apew…..

  20. @fazi ko tak paham kot maksud aibkan orang. Macam kes ni, orang tu yang terang2 menunjukkan dirinya untuk dipamerkan dan dia pun dah tau risiko berbuat demikian. Lain la kalau aku saja2 buat fotoshop gambar dia ke.

  21. Llort says:

    Yang paling fail adalah tudung yang last sekali tu, dah la tak censor. huhhhh

    Terima kasih post

  22. JEnaAa says:

    haha.. sabo je la

  23. iha says:

    saya phm apa yg cuba disampaikan…tp alangkah bagusnya,jika kita mnegur secara baik,xperlu bg nama2 mcm ni..siap dgn pic contoh…tujuan kita adalah menutup aurat kan?disini saya citer nk kongsi bersama…rakan saya xpkai tdung,dia ckp dgn saya,dia nk pkai tp takut la panas la ,xselesa..then saya kata,islam tu mudah,dan tiada paksaan…saya galakkan utk dia berjinak memakai tdung dgn memakai anak tdung dlu…jika dah selesa,pkai shawl tu,if nk selempang je,buatlah..then,bila da selesa,apakata pin kan elok2…bila lg selesa,pkai elok2,labuhkan skit….alhmdulillah,kawan skrg da pkai tdung…..dlm menegur ni kdg2 xperlu perli2 ….semua pon da besar…hidayah tu kalau Allah xbg,dia xnk pkai tdung gak..hmmm…dlm berdakwah ni kne sabar….kita mengata org,Allah tu maha Adil,tibe2 esok lusa,kita lak pkai tdung mcm tu…kalau bkn kita,adik beradik,anak atau isteri….kita sibuk mngata org,then finally kita yg kna…Wallahua’alammm

  24. Nuha says:

    Hati-hati dalam menyebar maklumat yang boleh mengaibkan seseorang , berdakwah mengikut sunnah bukan cara perli-memperli, merendah-rendahkan bahan itu dan dijadikan bahan ketawa. Ada tatacara yang terpuji dan lebih terhormat .

    Wallahualam..

  25. rules says:

    like yg num 8…hope dapat bini mcm 2…dh la lawa,tau batas agam plak 2…fuhh,bahagia rumah tangga:)

  26. azrul says:

    betul huzaifah…..stkt pakai nk mencantikkan dir baik xyh pkai…asraf.. nk tunjuk pada dunia yg perempuan bertdung 2 smestinya baik….sbb ramai wanita bertdung pandng serong pada wanita tdak betdung….wanita tdak bertdung skrngnya mereka dh berdosa dkt stu tpi wanita yg bertdung dosa bkn stkt stu tpi busuk hati pada mereka yyg tdak betdung??

  27. neeco says:

    tudung siput dh macam tudung saji

  28. azman says:

    Kepada penulis biar je ape yg diowang ckp … btol la ape yg anda lakukan ..dgn bertudung xsemestinya menutup aurat… yg bertudung menutup aurat dan mengikut syarat Islam baru btol … Manusia biasew la susah nak terima nasihat .. blew kita ckp .. ade je alasan diowang .. Just keep it up with ur work ..

  29. anak cucu Adam says:

    Dah termaktup dalam al-quran, mmg kita kena tutup aurat, apa yg nak dipertikaikan lagi…. kenapa perlu takut dengan bayang2 sendiri sehingga mempertikai cara menutup aurat. Kenapa perlu berubah perlahan-lahan? apa ajal juga datang pelahan- lahan? hidup ini kerana Allah, apa yang kita buat di atas muka bumi ni pun kerana Allah. Jadi kenapa kita tidak mahu mengikut perintahNya?

  30. Nur Liyanz says:

    Sakit hati dah YUNA bace no. 3 tu

  31. Norliana says:

    Kami xsempurna. And we are also not a true-fully-100% perfectly Muslimah. Ok, let me ask, seorang Muslimah yg xperfect yg bertudung dgn seorang Muslimah yg lgsung xpakai tudung, dedah, seksi sane-sini. Which one is better? :)

    Sy baru berhijrah utk memakai tudung baru2 ini. Tapi kalau fesyen2 tudung asyik diejek2 macamni, dari mane agaknye sy nk dapatkan sokongan ye encik-encik yg bijak sekalian? :)

    Satu nasihat sy suke ingatkan orglain dan diri sy juge, “Jangan Mengharap Isteri se Solehah Saidatina Fatimah kalau diri tak se Soleh Saidina Ali”. :)

    Yg buruk datang nye dr sy, yg baik semestinya dr Allah S.W.T. Wallahualam :)

  32. ben says:

    terbaek admin..moge ad kesedaran bg sipemakai tudung fesyen2 neraka cmni

  33. penasiha says:

    muka yang ats sekali tu aq knl

  34. NAAK says:

    tak faham laa.. btudung tuh lebeh baik dari tak bertudung.. asalkan dia bertudung..terpulang yang selebihnya hak ALLAH nak menghakimi dorang..kita manusia je..belom sempurna lagii.. so tayah laa sebok nak komen org..tgok pada ahli keluarga sendiri,,saudara2 perempuan anda tuh.. kenapa yg freehair tuh tak disebok sebokkan plak..pelik2 je korang nii..

  35. zaed says:

    TIDAK salah sayer katakan memakai tudung jenis aper pon dibenarkan…takder yang salah….
    tetapi yang paling penting adalah “menutup aurat!!”
    itu yang perlu dikesahkan sebenarnya….btol x saudara se-Islam ku?

  36. Abu Hanifah says:

    Selalunya kebenaran bila disampaikan memang pahit utk ditelan, bukak minta, tepuk dada tanya iman. Jgn cuba pusing-pusing supaya menampakkan diri kita menang. Sbb tu org suruh belajaq agama. Bila kata jahil, marah…Entri ini ada benarnya. Ia bukan isu tudung, ia isu aurat…Tp, cara pendekatan yang lebih menarik…Terima saja yg semua tudung di atas x memenuhi syarak..dah, x yah nak tegakkan benang yg dah basah…

  37. 3R says:

    kalau nak nasihat orang pon, xperlu sampai mengaibkan individu tertentu. obvious kot siapa dlm gmbr tu. tutup mata, ingat xleh cam siapa? nasihat dah bagus tp sorry bro, no respect!

  38. zie r says:

    alhamdulillah … teruskan menulis artikel seperti ini ….. siapa makan cili terasalah pedasnya.

    Menutup aurat ini adalah wajib… bukan hak kita tapi hak Allah … siapa kita untuk pertikaikannya.

    Semoga Allah merahmati dan melembutkan hati mereka yg masih belum menerima hukum menutup aurat ini sepenuhnya