Bagaimana Cara Burn CD? Fahami 4 Format Burn Ini

| December 13, 2011
 

Bagaimana Burn CD? | “Nak burn CD tapi tak berapa reti. just masuk CD dan klik perkataan burn. tetapi tak boleh pula nak pasang di TV”. Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda, yang sebenarnya ada 4 kategori utama format ‘burn’, iaitu

  1. Data CD
  2. Audio CD
  3. Videos/Pictures CD
  4. Image CD

dan seterusnya memahami bagaimana situasi di atas boleh terjadi.

Nota: Kategori ini ditulis berdasarkan perisian Nero

Apa itu Data CD?

Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?

Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?

Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.

Apa itu Image CD?

Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.

Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.

Melayukini.net – Jika burn dengan cara masukkan CD dan klik ‘Burn’ (tanpa perisian, hanya guna Windows), ia akan burn CD tersebut sebagai Data CD.

Sumber: Wanita & Komputer | Koleksi Komputer Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • cara nak burn cd
  • cara masuk cerita dalam cd kosong
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Komputer

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.