4 Alasan Kenapa Wanita Dedahkan Aurat (Jawapan)

| December 10, 2011

Alasan 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling

Alasan 2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)

Alasan 3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan: Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Alasan 4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.


Sumber: Syahirul | Koleksi Artikel Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar bayi comel bertudung

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. p-key says:

    wanita yang ber tudung tidak semesti nya baek… tapi macam mane wanita yang x bertudung… adakh mereka fikir mereka baek cukup mengambarkan akhlak mereka… apabila seorang wanita menunjukkn sehelai rambut kepada yang buka muhrim… akan dibuka 40 pintu neraka…

  2. dyia says:

    Maaf,sy nak bertnya..tapi sblm tue sy nk ucapkan terima kasih sbb berkongsi maklumat tentang ini. Berbalik pada soalan sy.. Sy ada beberapa org kwn perempuan.Mereka baik dan bertudung tapi ada masa dan ketika mereka juga blh membuka aurat mereka.Jadi mereka ini dlm golongan apa ye?mereka blh pakai and buka tudung sesuka hati.ye,mmg sy xbertudung dan sy tak kata sy baik.tpi kkdg sy rsa npe tudung ni seolah2 jdi hiasan semata2?kejap blh pakai n kejap leh buka?..maafkn sy klu ada berkasar..thanks :)

  3. @dyia itulah masalah umat islam skrang. ramai yang pakai tudung, tapi tak faham kenapa kena pakai tudung. Pakai tudung, tapi lengan terdedah, pakai tudung, tapi leher nampak, pakai tudung tapi kain terbelah…isu skrang ialah aurat, bukan tudung semata2…

  4. sebenarnya alasan apa seaklipun tetap tak dapat nak ubah ketentuan tutup aurat tu wajib

  5. jonglabuu says:

    org yg pakai tudung x semestinya baik tetapi org yg baik semestinya memakai tudung.

  6. Hasman Harun says:

    Sebarang alasan yang dilontarkan sememangnya tidak mengubah ketentuan Allah SWT. Dan bagi yang menasihati itu, janganlah mudah berputus asa selagi mampu. InsyaAllah hati mereka akan lembut juga untuk menutup aurat kerana kebanyakan wanita kini bertudung tp mendedahkan aurat.

  7. zack says:

    Ada skali tu tgk siaran Muslimah (byk pasal fesyen2 ni) kat tv..ada ke patut salah sorg yg wat fesyen tu kata “Malaysia ni panas, sbb tu org xpakai tudung.”

    Korg dgr statement tu ape korg rasa??