Wanita Mati Kepala Tersepit Lif (Ngeri!)

| November 27, 2011

Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Mangsa dikeluarkan sebelum akhirnya meninggal di hospital.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.

Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan.

Melayukini.net – Bahaya juga ye lif ni. Sampai boleh putus leher kalau tersangkut. Berhati-hatilah di mana saja. Itu merupakan ikhtiar kita, walaupun ajal maut tu di urusan Allah.


Sumber: Harian Metro Online | Koleksi Berita Kemalangan Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • berita ngeri

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Abdul25 says:

    huhu sebab tu la saya takut naik lif -.-
    lagi rela pakai tangga