Terbaru! Misteri Orang Minyak Di Bentong

| November 4, 2011

Terbaru! Misteri Orang Minyak Di Bentong | Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak. Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari. Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali (tengah) melakukan rondaan bersama penduduk Ketari di Bentong, Pahang, malam kelmarin.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.


Sumber: Kosmo Online via Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar orang minyak
  • hantu minyak hitan
  • mencari pengasuh di bukit piatu
  • orang minyak

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. oyuak halal says:

    “Misteri orang minyak ”
    Itu adalah orang/ manusia biasa yang gila sex. Dia tu memang pandai beranang dan berani. Badannya di sapu minyak hitam supaya badannya licin dan sukar ditangkap. Kalau dapat tangkap lembaga itu kerjakan dia habis-habisan, potong dia punya jakar

  2. Aah potong dia punya JAKAR. ahahaha..