Resepi Cara Masak Mee Hailam (Sedap!)

| November 30, 2011

Malaysia mempunyai pelbagai jenis mee, dan ada di antaranya makanan budaya luar negara. Namun pada hari ini kita akan belajar cara memasak mee hailam yang sememangnya antara pilihan yang paling sedap untuk dinikmati. Resepi Mee Hailam.

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.

Melayukini.net – Jangan terlalu banyak memasukkan air untuk mengelakkan kuah hailam menjadi terlalu cair.

Sumber: My Resepi | Koleksi Resipi Makan Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • resepi mee hailam paling sedap
  • mee hailam special
  • Resepi mee hailam sedap
  • resepi mee hailam cina
  • mee hailam cina
  • resipi masakan cina
  • Foto dan resep mie Hailam
  • mie hailan
  • menu masak mi kuning
  • resipi mee masakan mee cina

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Resepi Makan

About the Author ()

Comments are closed.