Resepi Kek Karamel (Sedap!)

| November 26, 2011
 

Resepi kek karamel sering dibuat terutamanya bagi kaum wanita untuk dihidangkan pada minum petang. Selain ringkas membuatnya, kek ini juga turut sedap dinikmati dan mengambil masa yang minima untuk disiapkan.

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • 2 camb gula pasir
  • 5 biji telur asingkan kuning dan putihnya
  • ½ cawan gula pasir yang dikisar halus
  • ½ cawan gula aising
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan minyak
  • ½ cawan air sejuk
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1camt krim tartar
  • Esen vanilla

Cara-cara

  1. Gula pasir (2camb) tabur dalam tin pembakar dan panaskan hingga menjadi perang. Ketepikan dan biarkan sejuk
  2. Kuning telur campur dengan ½ cawan gula pasir yang dikisar, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga sebati dan ketepikan
  3. Tepung gandum dicampur dengan minyak dan air sejuk .Kacau hingga sebati dan ketepikan.
  4. Pukul putih telur dengan mixer (kelajuan paling tinggi/No.5) hingga kembang dan ringan. Masukkan gula aising dan krim tartar. Putar lagi dengan mixer No.5. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan putar sekejap sahaja dengan mixer kelajuan paling rendah/No.1. (kalau suka warnakanlah dengan apa-apa warna kegemaran anda)
  5. Ambil loyang pembakar tadi, masukkan campuran kuning telur diikuti dengan campuran putih telur
  6. Masukkan loyang tadi kedalam bekas yang berisi air dan bakar sehingga masak. (kaedah double boiling)

P/S : Setelah masak, pastikan ia dibiarkan sejuk sebelum diterbalikkan.

Sumber: My Resepi | Koleksi Resipi Makan Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • resepi kek paling sedap di dunia
 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Resepi Makan

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Joe says:

    jom try.. mesti best.. ^^

  2. Shah says:

    Ada sesape leh buatkan untuk saya? haha..
    orang prempuan lah rajin..

  3. mira says:

    salam, serbuk penaik xyah ke?
    saya dah siap masukkan bancuhan dlm oven batu teringat. serbuk penaik. woahaa!

    harap2 jadilah kek tu. tgh bakar skrg ni :)

    anyway thanks for the recipe