Resepi Kek Coklat Moist Guna Minyak (Senang dan Sedap!)

| November 11, 2011

Sehari satu resepi untuk pembaca melayukini , best tak ? kali ini kita berkongsi cara untuk buat atau masak kek coklat moist guna minyak bukan guna butter ya , amat menarik dari segi pembuatan Resepi kek coklat moist guna minyak ini lalu saya berkongsi disini , terima kasih pada owner resepi. Kek coklat moist amat sesuai di hidang sewaktu minum petang atau pun di majlis hari jadi anak-anak , mereka pasti gembira.

resepi kek coklat moist
resepi kek coklat moist

Resepi kek coklat moist guna minyak ( Kukus ya! )

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

p/s: untuk toping pula jika suka :

3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

campurkan semua bahan di atas dan masak secara double boiler. Hias mengikut citarasa masing-masing.

Sumber: Mamanajla | Koleksi Resepi Makan Melayukini.net

P/S : Hasil tangan ibu untuk anak-anak melambangkan kasih & sayang :) selamat mencuba !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • resepi kek coklat moist guna minyak
  • kek coklat kukus guna minyak masak
  • resepi kek minyak
  • resepi kek coklat pakai minyak
  • kek coklat minyak
  • kek guna minyak
  • kek minyak
  • kek coklat guna minyak masak
  • cara membuat kek coklat minyak
  • resepi kek guna minyak

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Resepi Makan

About the Author ()

Comments are closed.