Isu Potong Duit RM100 – Luahan Hati Cikgu Suziani

| November 18, 2011

Isu Potong Duit RM100 – Luahan Hati Cikgu Suziani | Sekolah saya ada beberapa orang waris yg masih belum menjelaskan yuran awal tahun. Minta dah banyak kali, tulis surat dah banyak kali. Lagipun yuran yg hendak di jelaskan itu sekitar RM20 hingga RM40 je. Suruh bayar sikit2 pun tak mahu. Sekolah dah nak tutup tapi yuran masih tak bayar. Kalau Guru Besar yg baik atau ada guru yg prihatin selalunya duit depa lah kena korbankan. Apa salahnya pihak sekolah memotong sedikit duit tu utk jelaskan yuran.

Buku2 kehadiran kita kena audit. Kalau dia tak bayar yuran, memang akan menyusahkan pihak sekolah balik, jadi tolong jangan tuduh guru2 dan Guru Besar. Sekolah saya je setiap tahun mesti ada aje guru yg kena korbankan duit gaji dia sebab nak settle benda2 mcm ni. Ibubapa cam ni mmg tak bertanggungjawab.

Dah dapat bantuan pun masih tak mahu menjelaskan yuran. Duit tu pun tujuannya utk benda2 cam ni bukan utk belanja makan KFC. Tuan2 dan puan2 tolonglah bersangka baik dengan pihak sekolah.

Tadi ada sorg guru sekolah saya kena marah dengan gb sebab ambil duit hutang yuran dari seorang bapa dari duit bantuan tu. Tapi bapa tu sendiri yg sukarela nak bayar dengan duit bantuan tu, bukan cikgu tu paksa. Cikgu tu cuma ingatkan dia ttg bayaran yg masih belum di jelaskan. Tolong hentikan segala tuduhan pada kami ye…. Semua duit yang kami minta parent bayar masa awal sekolah adalah atas arahan pihak atasan bukan kami pandai-pandai nak letak yuran.

Kalau boleh kami tak mahu parent bayar sesen pun sebabnya nak urus duit mereka tu bukan senang. Kami ada buku rekod kehadiran di mana semua bayaran yg telah di sahkan akan di rekod dalam buku ini dan buku ini pula akan di audit. Jadi nak tak nak kena bayar juga. kalau cikgu2 tak mahu bayar, kami akan minta PIBG bayarkan. Selalunya ibubapa yang nak bayar akan bayar sikit-sikit contohnya sebulan RM10 pun kami terima, yang masalahnya ni parent yg tak mahu bayar langsung.

Tengoklah dah dapat duit RM 100 pun masih mengadu yg duit mereka di potong oleh pihak sekolah kerana bayar yuran anak mereka yg tertunggak. Memang tak reti bersyukur. .. ada juga yg cikgu bayarkan yuran tapi tak reti nak berterimakasih. Aku rasa profesion perguruan adalah satu kerjaya yg selalu kena pakai duit sendiri utk selesai masalah sekolah. Ada satu sekolah tu tiap cikgu kena bayar rm10 sorang utk byr duit elektrik . -Cikgu Suziani-

P/S: Setiap pekerjaan pun ada cabaran dan pengorbanan. Memang tidak dapat kita nak pertikaikan keperihatinan seorang guru kepada anak-anak muridnya. Semoga kerajaan mengambil berat tentang isu potong RM100 ini. Nanti yang akan ditanya di akhirat kelak ialah kenapa ibu bapa itu tidak mampu bayar? Adakah kerana salah kerajaan yang tidak memberi kebajikan atau kerja yang secukupnya kepada rakyatnya?

Sumber: Gerai 3 Abdul | Koleksi Berita Pendidikan Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • duit rm100
  • duit bantuan sekolah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Pendidikan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (15)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Per says:

    Soalan provokasi di bahagian pengakhiran artikel tidak dipersetujui oleh saya. Pada pandangan saya, negara kita mempunyai banyak peluang pekerjaan, jika tidak, masakan populasi warga asing dinegara kita, meningkat saban hari. Persoalannya, sifat tanggungjawab ibubapa itu sendiri seperti yang diutarakan oleh penulis artikel sendiri. Islam mengutuk keras jika hutang tidak dilangsaikan. Seperti yang guru tersebut katakan, bayarlah sedikit demi sedikit. RM 1 setaip hari bersamaan RM365 di hujung tahun nanti. Lebih dari cukup untuk membayar yuran tersebut. Namun, Jika asyik duduk di kedai kopi sahaja, jangan harap gaji datang bergolek. Jika merokok 10 batang sehari, manakan hendak menyimpan. Jangan hanya cuba menuding jari tanpa mengkaji diri sendiri. Adakah aku telah berusaha keras? Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Penulis artikel menanyakan ” Adakah kerana salah kerajaan yang tidak memberi kebajikan atau kerja yang secukupnya kepada rakyatnya?” subsidi yang diberikan oleh kerajaan kita sangat banyak. pembedahan jantung yang kosnya puluhan ribu di private hospital hanya perlu dibayar dengan ratusan ringgit sahaja. Yuran sekolah hanya puluhan ringgit walhal kemudahan yang disediakan boleh dikatakan cukup baik. Apa yang suka saya katakan adalah, jangan kerana kepentingan politik, kita menggalakan satu sama lain untuk menjadi malas dan hanya mengharapkan bantuan. Gunakan tulang empat kerat! Usaha dengan gigih seperti yang ditunjukkan oleh negara jiran kita seperti Jepun. Jadi manusia yang bertanggungjawab! Malu pada diri, jika tidak mencuba sebaik mungkin. Berhenti beri alasan! Tukar mentaliti daripada asyik mengharapkan bantuan kepada, berusaha keras mencapai kejayaan. Azan 5 kali sehari menyeru kita ke arah kejayaan. Jangan lupa!

  2. Jime says:

    gambar nak hot…
    huhuhu…
    bukan org sebenar tu

  3. Mana tau bukan gambar sebenar? :P

  4. sue says:

    setuju sesngt2 sangatnyanyer ngn statement per di ats

  5. smk says:

    gambar ini adalah cikgu salah satu sek di johor…. kenapa ambil gambar ni dan dijadikan model iklan ini?
    Harap tukar gambar.
    terima kasih.

  6. tanya encik google…kalau ada request dr pemilik gambar ni sendiri. saya boleh consider…

  7. smk says:

    ok bro….ada dalam en google rupanya…
    saya just kwn dia jek, then student kami yg jumpa gtau gambar cikgu ni ada dalam ni….

    per2 pun web ni mmg terbaikk…

  8. milah says:

    mcm ni ke seorang cikgu nk berkata2?

  9. najwa says:

    Habis tu cik milah nak seorang cikgu berkata kata macam mana? Boleh bagi pencerahan dan juga contoh mungkin. Terima kasih.

  10. Unknown says:

    tp kn rm100 bantuan dr kerajaan
    cm mane lak pihak skolh ngn ske aty mak bapak dy nk tolak duit bantuan rm100 2 smate2 plaja x byr yurn??
    pihak skolh kne la fhm duit rm100 2 duit bntuan kerajaan kpd rkyt
    bkn dr pihak skolh
    wlopon sy x mrase nikmat ni tp sy slalu dgr aduan ni kt rakan2 sy yg masih brsekolh
    yg ckgu ni pon klo nk luah kn pon agk2 la sikt
    x fk btowl2

  11. Ismi Azraf says:

    Duit RM100 adalah bantuan KERAJAAN untuk rakyat dan sekolah juga adalah atas penyeliaan KERAJAAN. Tanggungjawab ibubapa adalah membayar yuran namun tidak semua ibubapa mampu membayar yuran persekolahan akibat kemiskinan dan tekanan ekonomi. Ibubapa perlu jumpa pihak sekolah untuk lakukan perbincangan dan pihak sekolah dan KERAJAAN kena lakukan altenatif untuk membantu rakyat yang tidak mampu.

  12. Parok says:

    Bayar la yuran skolah…. bukan byk pon… Bayar astro boleh nak bayar yuran skolah bleh..ish ish ish..

  13. its me says:

    sikit2 nak salah kn org lain,salah krjn la,itu la…krjn pn mnsia biasa jg!krjn x bntu la,apa la..semua harapkn krjn tunaikn..pa ko ingt ko sorg ja kh rkyat dlm dunia ni…sedangkn DIA yg maha isa pn,kita bdoa bkli2 bkn trus dia bg,bthun2 jg dia kabulkn.kalau x usha mcm mn nak dpt,dh ada kaki,tp nk sgt mghrp duit dri org lain..pemalas betul..sa stju jg artikel ni,mmg ada ibu bapa yg mylhgnakn duit 2,nak enjoy dlu,tp yuran ank x ingt…nak enjoy,ushakn duit sndri la..cikgu pn mnsia jg..

  14. cikgu says:

    cikgu dalam gambar tu ada fb x? :)

  15. sy pown mcm tak pecaya jerk cekgu yg kata camgini… cam ada yg tak betul jerk..ops…maaf..maybe alkisahnyer dah diolah oleh penulis kan..kan..so arap memahami pengomen atas nama milah huhu..