Cara Susun Jadual Harian Dengan Google Calendar (Menarik!)

| November 11, 2011
 

Senarai tugas yang perlu dibuat selalu gagal buat saya. Tiap kali saya melihat senarai yang telah saya tulis, saya jadi lemah semangat mengingatkan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan. Maka saya perlu susun jadual harian dengan menggunakan Google Calendar.

Catatkan jadual harian pada Google Calendar

Kini saya cuba untuk meletakkan jadual harian tersebut pada Google Calendar pula. Kebanyakan (jika tidak semua) tugas yang dilakukan di pejabat mempunyai tarikh siap yang tertentu, jadi saya letakkanya pada tarikh tersebut.

Anda boleh menghantar peringatan dari Google Calendar terus ke telefon bimbit anda. Pergi kepada Settings > Mobile Setup, dan masukkan nombor telefon anda di ruang yang disediakan.

Kaedah Google Calendar ini berbeza dari senarai tugas yang biasa, kerana anda hanya melihat tugas yang perlu anda buat pada hari tersebut sahaja, dan tidak terbeban dengan yang lain. Dengan ini, senanglah untuk anda menumpukan perhatian dan mengurangkan risau.

Catatkan temujanji pada Google Calendar

Google Calendar juga sangat sesuai untuk mencatatkan temujanji-temujanji anda. Semak ia sebelum membuat temujanji agar ia tidak berselisih dengan temujanji yang sedia ada.
Bagaimana anda menguruskan tugas-tugas anda?

Saya masih lagi dalam fasa ujikaji menggunakan Google Calendar, dan melihat bagaimana ia boleh membantu saya dalam kerja dan kehidupan seharian.

Bagaimana pula dengan anda, adakah anda menggunakan sebarang kaedah tertentu untuk meningkatkan kecekapan? Kongsi pengalaman dan pendapat anda dalam ruangan komen!

P/S : Aplikasi ini percuna dan sangat menarik untuk digunakan. Setidak-tidaknya kita tak perlu nak susun jadual di atas kertas. Selamat menyusun jadual harian!

Sumber: Sembang Komputer | Koleksi Komputer Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Komputer

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.