Apa Itu Central Processing Unit (CPU) ? Menarik!

| November 21, 2011

Apakah CPU?

Di dalam sebutan English CPU bermaksud Central Processing Unit atau Unit Pemprosesan Pusat.Melalui maksud tersebut kita akan dapat gambaran maksud sebenar CPU iaitu pusat utama atau ‘ibu pejabat’ bagi sesebuah komputer untuk melaksanakan segala arahan komputer.Kebanyakkan dari kita menyebut processor.

Unit untuk mengukur kelajuan CPU adalah GHz.Contohnya saya membeli:

Intel® Core™2 Duo Desktop Processor E8500

  • Kelajuan adalah 3.16 Ghz
  • Cache 6 Mb
  • Bus Speed 1333 Mhz

Di bawah merupakan antara gambaran CPU

Model AMD Athlon CPU

Model INTEL Pentium 4 CPU

Fungsi CPU adalah:

  1. Mendapatkan arahan komputer
  2. Memproses data
  3. Mentafsir data
  4. Menulis data

Ramai orang salah faham mengenai CPU.Apabila di tanya di mana CPU komputer?Ramai akan tunjuk kepada perumah komputer (computer case).Sebenarnya jelas dan terang ianya salah.CPU merupakan komponen komputer yang berada di dalam computer case.Apabila anda membuka computer case,anda akan dapat melihat CPU dilindungi kipas dan head sink pada motherboard yang bersebelahan dengan RAM Berbentuk bar dan selalunya berwarna hitam

P/S : CPU perlu dilindungi kipas untuk mengekalkan suhu agar tidak terlalu panas dan berada dalam keadaan stabil untuk menjalankan sebarang arahan komputer.

Sumber: Anjung PC | Koleksi Komputer Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • maksud central processing unit
  • cpu central processing unit
  • maklumat CPU komputer
  • maksud cpu fan
  • maksud processing

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Komputer

About the Author ()

Comments are closed.