Sirah Nabi – Pahala Siapa Sebanyak Bintang di Langit?

| October 16, 2011
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah korang terfikir, adakah di kalangan manusia yang mempunyai pahala sebanyak pahala bintang di langit? Wallahualam, hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi ada satu kisah di zaman Nabi, di mana isteri Nabi SAW, Aishah telah bertanya kepada Nabi SAW tentang milik siapakah pahala yang sebaik bintang di langit? Nak tau jawapannya, jom baca artikel sirah agama Islam di bawah ini. Semoga kita semua dapat menambahkan motivasi dalam beribadat kepada Allah SWT.

Gambar hiasan: Melihat bintang ciptaan Allah boleh dapat pahala insyaAllah

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.

Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu.” Di dalam hatinya Sayidatina Aisyah r.ha. meneka pahala sebanyak ini pasti pahala ayahnya.

“Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)”, jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, “ya Rasulullah SAW bagaimana dengan ayahku?”. Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Baginda Rasulullah SAW berkata, “ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.”


Sumber: Murabbiy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.