Seram! Rakaman Video 5 Sekeluarga Mati Dihanyut Air Bukit

| October 8, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rakaman video luar negara yang amat jarang ini telah diambil ketika satu keluarga di India sedang berseronok di sebuah air terjun, yang mana dengan secara tiba-tiba mereka telah dihentam dengan air kepala dari puncak bukit. Tiga orang dari lima yang hanyut mati dalam kejadian yang tak disangka-sangka itu. Mari kita tengok video dan gambar kejadian yang amat seram itu. Saat-saat cemas sebelum mereka semua tidak dapat lagi bertahan dengan kekuatan kepala air bah itu dan hanyut itu telah dirakam. Perincian berita kejadian ini ada di bawah. P/S: Semua manusia akan mati, apa yang membezakan nasib kita selepas mati ialah amal dan ibadah kita. Sudahkah kita agak nasib kita di akhirat dengan amalan kita sekarang? Hanya kita dan Allah je tahu. Pintu taubat sentiasa terbuka sehinggalah saat kematian kita.





Keseronokan rekreasi sebuah keluarga bertukar menjadi kemalangan maut di air terjun di tengah-tengah India. Seorang jurukamera amatur sempat merakam lima ahli keluarga yang dihanyutkan oleh air banjir pada hujung minggu dalam kemalangan maut di air terjun di tengah-tengah India. Pegawai polis tempatan PS Maravi berkata mereka mandi di bawah air terjun 300 kaki (90 meter) Patalpani di negeri Madhya Pradesh pada hari Ahad apabila mereka ditangkap oleh kepala air.

Selepas berpegang tangan di antara satu sama lain dan bergantung kepada sokongan, disebabkan air yang semakin laju mengalir, akhirnya mereka hanyut. Tiga ditemui mati, manakala dua terselamat, agensi berita Press Trust of India melaporkan.

Via: Addin77

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. syuk says:

    pergh!!!!!!!tak sangke betol!!!!perggh@@@@

  2. memang betul pun..benda dah nak berlaku..kebetulan ada org rakam…

  3. bro says:

    memule mcm tade air lgsg. tibe2 je. pergh.

  4. Tu lah. Bahaya kepala air ni. Kita tak tahu yang kat atas bukit dah hujan…

  5. halmi says:

    tk dpt tengok video..utube dah terminated video tu.

  6. ishhhhhhhhhh….ngeri