Gambar Mewah Perpustakaan Awam Selangor Bertaraf Dunia

| October 8, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak korang tengok perpustakaan awam negeri Selangor di Seksyen 13, Shah Alam. Sekali tengok mesti korang tak caya yang ianya hanya sebuah perpustakaan. Bila dah masuk pun tak kurang hebatnya. Inilah gambar informasi perpustakaan yang dikatakan oleh kerajaan Selangor sebagai bertaraf dunia dan jika dilihat dalamnya, memang cukup mewah. Semua komputer dalam perpustakaan tu guna Apple je. Okay la. Kos cuma RM70 juta dan rakyat dapat merasa kemudahan ini. Persoalannya, adakah perpustaan ini bakal menjadi tempat pasangan muda mudi lelaki dan perempuan untuk berkhalwat dan memadu asmara? Dalam salah satu gambar di bawah ada ternampak pasangan couple sedang berdua-duaan. Bagi tak tahu, hukum pasangan bercouple: LINK. P/S: Menuntutlah ilmu sampai ke negara China, dan amalkan lah apabila sudah dapat. Ilmu yang tanpa amal adalah sia-sia dan bakal menjadi pembakar api neraka di akhirat kelak. Contoh, korang tau solat tu wajib dan tau bagaimana menunaikan solat tetapi korang tak solat pun. Nauzubillah.








Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.

Info tambahan:

- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.

- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.

- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.

- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.

- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.


Sumber: Zonbebas via Darnurulzahra

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar perpustakaan awam
  • perpustakaan awam selangor shah alam
  • perpustakaan shah alam

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Hamba says:

    Surah Al-Hujuraat ayat 12.

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”