Gambar Istana Negara Baru Agong RM800 Juta di Kuala Lumpur

| October 2, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah korang tengok tak gambar Istana Negara Baru Agong yang berharga RM800 juta di Jalan Duta, Kuala Lumpur? Aku selalu nampak la Istana Negara tu sket-sket masa memandu di jalan Duta tu. Bentuk dalaman dan perincian reka bentuk dan seni binanya aku tak pernah bayang lagi. Kawan aku yang kerja JKR pernah cakap yang Istana Negara baru tu memang cantik. Nak tau cantik ke tidak Istana Negara tu, jom kita tengok gambar-gambar Istana Negara di bawah ni. Thanks Blogger Kerengga untuk informasi ini. P/S: Khalifah Saidina Umar al-Khattab yang mempunyai kerajaan Islam yang tersebar sehingga ke utara, selatan, timur dan barat bumi, hanya mempunyai rumah yang usang beratapkan pelepah kurma dan lantainya dihias dengan tikar usang. Kezuhudan Khalifah Umar ini telah membuatkan bukan sahaja pegawai utusan kerajaan Rom, malah panglima tentera dan Raja Rom yang ditawan juga terkesima dengan keadaan orang yang bekerja di jalan Allah itu. Kita bagaimana?













Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.

Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.

Ini kerana Istana Negara adalah “unik” dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

Sumber: Facebook via Kerengga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar istana raja
  • gigitan kerengga
  • istana negara malaysia

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. puanbee says:

    perghhhh perlu ke mahal2 gitu ?

  2. Perlu. Untuk tarik ramai pelancong lagi ke Malaysia kottt…

  3. iwan says:

    @puanbee ..rsanya tidak perlu..berlebih-lebihan tidak digalakkn….Islam menggalakn umatnya berwassatiah iaitu bersederhana dlm apa jua keadaan
    ..klu tarik pelancong lbh baik dilaburkn didalam pembangunan umah manusia terutama org2 islam…krn kemiskinan bole membawa kpd kekufuran… renung2kan..

  4. @iwan
    Memang betul pun, tapi nak buat camna kan, pemimpin la kena selalu ingat tentang hal ni. Depa ada banyak duit dan kuasa..