Apakah Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis?

| October 14, 2011
 

Apakah Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah korang ternampak orang bukan Islam membaca al-Quran atau hadis? Apakah hukum orang bukan islam membaca al-quran? Jom kita baca artikel ini yang menyentuh hukum bagi orang bukan Islam membaca dan menyentuh al-Quran. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat kita manfaatkan dalam usaha dakwah kita kepada sahabat-sahabat kita yang bukan islam insyaAllah. P/S: Dakwah itu wajib bagi orang Islam.

Gambar hiasan: Ramai orang bukan Islam telah mengucapkan syahadah selepas membaca isi kandungan al-Quran dan hadis

Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam agama Islam selain daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.

Berdasarkan persoalan di atas mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan masalah ini, di antaranya ialah :

1. Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : “Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.”

2. Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : “Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.”

3. Begitu juga dengan pendapat dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : “Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya.

4. Ada juga sebahagian ulamak terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : “Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub.”

Sebagai orang muslim yang baik, maka kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini. Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan sebagainya. Faktor berlakunya berbagai pendapat dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.

Sepatunya masalah ini tidak menjadi besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga dengan keinginan nafsu politik yang tajam.

Ini pandangan saya, orang kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka, kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada bahasa mereka.

Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.

Orang kafir belajar membaca Al-Quran dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Saya tegaskan di sini, artikel saya ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi “Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat”.


Sumber: Ustaz Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. SihatSelalu says:

    lagi info tentang al-quran di SIHAT SELALUBagaimana Menambahkan Pemahaman al-Qur’an Dengan Mudah

  2. X-1 says:

    oh..i see

  3. chinta says:

    klu org bkn islam yang mencintai islam dan m’amalkan cara hdup islam sprti btudung dan memberi salam,adakah 2 slah???

  4. ednee says:

    Assalam. Ada pendapat ulamak dn khilaf ulamak. Tetapi persoalan sekaran orang kafir memetikbhadis dan alQuran bg tujuan unruk memecahbelahkn umat islam. Mengharap umat islam menyokong mereka. Kalau mereka mwngkaji al quran dan mempelajari al quran untuk belajar kita amaf alu alukn. Kita mestj menyokong. mereka ini golongan yg menentang islam sebaliknya memetik ayat ayat Alquran yng mana boleh digunakan untuk menyokong mereka. bukan menyeru kepada kebenaran Al Quran itu sendiri atay Islam.ith sendiri. Sy rasa haram.bg kaum yg macam ni seolah olah mereka ni kaum munafik dn boleh dibenteras..mereka hanya mempercayai sebahagian sikit shj al quran sebagaian lain mereka menentang. Wallahhualam.

  5. ana says:

    Saya setuju dengan para pendapat ulama diatas. masalahnya di malaysia sekarang, org non muslim yg membacanya, diatas pentas politik dan bukannya ikhlas dan bertujuan jahat. mereka mbaca sekadar utk mdapat kpentingan politik dan mhina dan menyalahkan org islam yg x sehaluan dgn politik mereka. sekiranya sekadar utk mbaca dan mengkaji, ianya amat dialu2kan