Gempa Bumi Kecil di Malaysia Akibat Gempa Bumi di Sumatera Utara

| September 6, 2011

Tak sampai 3 bulan pun kejadian gempa bumi yang berlaku di Indonesia, tetapi dirasai oleh penduduk Semenanjung Malaysia, terutama di Kajang, Putrajaya dan Shah Alam, berlaku lagi gegaran gempa bumi di Sumatera yang turut dirasai oleh penduduk Malaysia (Pautan artikel). Kalau dulu, kawasan sebelah selatan Kuala Lumpur yang banyak rasa, tapi kali ni, kawasan sebelah utara Kuala Lumpur seperti Selayang, Batu Caves, Ulu Bernam, Ulu Yam, Rawang dan Kuala Kubu Bharu pula. Gempa bumi ni berlaku pukul 2 pagi tadi. Jadi tak ramai yang tak rasa. Yelah semua pun tido mati, termasuk aku hehehe. Gempa bumi bersaiz 6.7 skala Ritcher yang berlaku di Sumatera ni tak jauh pun dari Malaysia. Jaraknya sekitar 350km dari Lumut, Perak. Jadi, kalo nak senang faham betapa dekatnya adalah seperti jarak Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Takde la jauh sangat kan. 4 jam boleh sampai kalau memandu kereta. Berita gempa bumi yang berlaku ni secara perinci ada di bawah. P/S: Antara tanda-tanda akhir zaman dan dekatnya hari kiamat ialah banyaknya berlaku gegaran gempa bumi dan banyaknya manusia yang akan mati. Adakah kita akan hidup di zaman dekatnya Hari Kiamat?

Gempa Bumi Malaysia Kajang
Gambar Hiasan – Bencana gempa bumi yang dasyat bila-bila masa boleh sampai ke Malaysia


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan di Sumatera utara awal pagi ini dan gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada jam 1.55 pagi itu berpusat di 127 kilometer (km) barat daya Binjai di Sumatera utara dan 363 km barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia. – BERNAMA

UPDATE: Berita penuh tentang gegaran gempa bumi kecil di sekitar Kuala Lumpur Malaysia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 melanda Sumatera Utara, Indonesia pada jam 1.55 pagi ini yang mana gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Gegarannya dilaporkan dirasai di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Selangor, ketika dihubungi berkata, pihaknya turut menerima panggilan dari orang awam berhubung gegaran tersebut.

“Pihak kami menerima beberapa panggilan pada jam 2 pagi hingga 2.50 pagi tadi dari orang awam yang memaklumkan tentang gegaran yang dirasai di sekitar Shah Alam, Kuala Kubu Bharu, Selayang, pinggiran Batu Caves dan Ulu Bernam,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang kerosakan yang berlaku akibat gegaran tersebut. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.