Gambar dan Video Kuala Terengganu Selepas Ribut 27 September 2011

| September 28, 2011

Assalamualaikum. Mungkin ramai yang tak tahu berita tempatan semalam, iaitu semalam 27 September 2011 lebih kurang 9 malam, bandar Kuala Terengganu telah dilanda ribut taufan untuk kali keduanya. Ribut yang pertama telah berlaku pada Jun 2011 lepas. Korang boleh melawat pautan ini: (LINK: gambar dan ribut Kuala Terengganu). Tak sampai beberapa bulan, Kuala Terengganu dilanda sekali lagi ribut taufan kali kedua semalam. Ribut kali ni katanya lebih dasyat dari dulu. Sekejap je pun, tak lama, lebih kurang 30 minit. Tapi cukup untuk meranapkan rumah-rumah, bangunan dan pokok-pokok. Walaupun tidak la seteruk ribut taufan di Amerika atau Ribut Agatha yang dapat mempadang jarak, padang tekurkan sesebuah bandar, tapi bencana ribut di Kuala Terengganu ini cukup memberi kesan kepada penduduk setempat. Seorang penduduk Kuala Terengganu berkata, “Serius takut, angin berpusar, atap² rumah jiran tercabut semua tapi Alhamdulillah semuanya selamat..“. Berikut merupakan video dan gambar ribut Kuala Terengganu yang telah sempat diupload di Youtube oleh seorang penduduk Kuala Terengganu. Takziah kepada penduduk Kuala Terengganu, harap korang banyak-banyak bersabar. P/S: Ingatlah wahai pembaca Melayukini.net, perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan.



KUALA TERENGGANU: Ribut dan hujan lebat melanda bandar raya ini selama kira-kira 10 minit malam kelmarin, memusnahkan pelbagai harta benda awam, premis perniagaan, kedai dan gerai makan serta kediaman mengakibatkan kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Malah, kejadian ribut pada jam 8.45 malam itu menyebabkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, yang menyaksikan Terengganu menentang Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan kira-kira 40 minit selepas enam minit perlawanan bermula, berikutan angin kencang dan hujan lebat menjejaskan aksi pemain.

Tinjauan Berita Harian mendapati, antara kawasan terjejas teruk kesan ribut ialah Dataran Shahbandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Kejadian ribut itu memusnahkan jeti Shahbandar yang baru siap dibina awal tahun ini apabila bumbungnya runtuh, selain bumbung beberapa kedai di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) tercabut, cermin pusat beli-belah Astaka musnah, pintu gerbang Dataran Shahbandar tumbang dan khemah peniaga di Dataran Shahbandar dan Medan Selera Tanjung roboh dibadai angin kencang.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusoff, berkata kejadian ribut itu memusnahkan lapan unit kedai di PBKP yang bumbungnya tercabut, menyebabkan peniaga kain sutera dan songket, kedai cenderamata dan tembaga mengalami kerugian apabila barang jualan rosak akibat terkena serpihan bumbung dan hujan.

“Kejadian ini turut menjejaskan 30 peniaga lain apabila premis mereka rosak. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membantu membersihkan kawasan terjejas supaya peniaga boleh memulakan perniagaan semula,” katanya.

Peniaga kedai makan di Medan Selera Tanjung, Samad Ali, 31, berkata, kejadian sekelip mata itu menyebabkan pelanggan dan pekerja yang menjamu selera di situ lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila bumbung kanopi runtuh.

“Mujur tiada kemalangan jiwa. Namun, ada pelanggan dan pekerja cedera ringan ketika masuk ke dapur untuk berlindung,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan semua rumah yang rosak akibat kejadian ribut malam kelmarin dibaiki segera.

“Saya mendapat laporan kira-kira 100 rumah di Kampung Seberang Takir rosak teruk selepas bumbung rumah berkenaan diterbangkan ribut,” katanya selepas mesyuarat Exco, semalam.

Ahmad berkata antara daerah yang teruk terjejas akibat kejadian ribut itu ialah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun.

“Jumlah kerugian belum diketahui dan kerajaan negeri masih menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi berkata, kejadian ribut itu bukan kesan daripada taufan Nesat yang melanda Filipina, sebaliknya disebabkan penumpuan angin yang menyebabkan berlaku pergolakan di kawasan terbabit.


Sumber berita: Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Memang teruk. kasihan saudara2 kita di KT.

    p/s: puan bee, commentluv dah ada dah kat blog ni. jemput2 guna :)