Gaji Kakitangan Awam Kerajaan Naik Sebelum Pilihanraya Umum (PRU 13) Penggal 2011/2012

mee

Assalamualaikum. Salam perpaduan (tiba-tiba je pulak buat salam perpaduan hehe). Aku nak bagitau tentang kemungkinan yang amat besar, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan abang Najib akan mengumumkan kenaikan gaji SEMUA (tak kisah la korang doktor ke, jururawat ke, jurutera ke, cikgu ke, ustaz ke, pensyarah ke, penyelidik ke) kakitangan awam kerajaan sebelum pilihanraya umum ke 13 berlaku. Pengumuman itu akan dibuat pada 7 Oktober 2011 sebelum tarikh PRU 13 (LINK). Khabar berita baik ini telah disahkan oleh kenalan aku di Jabatan Perdana Menteri. Tapi berapa kenaikan gaji tu masih dalam peringkat kajian dan aku pun tak berapa tahu lagi. Dengar-dengarnya, pendapat pertama ialah kenaikan gaji kakitangan awam ini adalah sebanyak 10%-15% dari gaji pokok. Pendapat kedua, kenaikan gaji kakitangan awam ini adalah sebanyak 15% dari gaji pokok tetapi ada elaun yang akan dipotong. Pendapat ketiga, kenaikan gaji kakitangan awam adalah sebanyak 10% dari gaji pokok kakitangan awam. Pendapat terakhir ialah kenaikan gaji kakitangan atau penjawat awam yang bakal diumum oleh abang Najib adalah sebanyak 7% (ni Ketua Pengarah aku yang cakap sebab dia ada kawan-kawan di peringkat bos-bos Ketua Pengarah lain huhu). Berita perincian tentang ulasan abang Najib tentang isu ni ada di bawah. P/S: Syukur kepada Allah, dengan kenaikan gaji ini, insyaAllah dapat la kita tingkatkan sumbangan zakat kita kepada ummah dan menjauhkan diri kita dari sikap meminta-minta atau meminjam.

Najib Naik Gaji Kerajaan
PM Najib bakal mengumumkan berita baik kepada semua penjawat awam tentang kenaikan gaji pokok dan bonus lumayan sebelum pilihanraya umum (PRU) 13 berlangsung

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.


Sumber berita: Malaysian Insider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.



Comments

  1. Kenaikan gaji kakitangan awam memang dialu alukan, tetapi kerajaan jugak patut melihat pada kakitangan kontrak yang dah bertahun-tahun dalam skim kontrak…….mereka juga perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diserapkan ke jawatan tetap. komitmen dia org pun perlu diambil kira……mereka juga menyumbang kpd pembangunan negara.

     — 
  2. Tunggu aje la.. Tp aku setuju ngan Baha Mohamad pkir jgak pekerja skim kontrak. Kekadang keje diaorang lagi bagus dr pekerja tetap nih.

     — 
  3. ni budget 2012 ke 2013???ceghite dah lame la….

     — 
  4. Ye ke???? mustahil dengan keadaan kewangan kerajaan sekarang… bonus cuma setengah bulan dan itulah kemamupan kerajaan… kalau mampu dah lama kerajaan bagi 2 bulan gaji seperti yg dipohon oleh CUEPACS… bukan sy tak mau naik gaji @ giler apa kalau tolak tapi beringat sblm terlambat… selalunya kalau gaji kakitangan awam naik, harga barang conform naik… dr dulu hingga sekarang… perkara tu yg patut dikawal “KENAIKAN HARGA BARANG”… apa kena mengena gaji naik dgn harga barang naik???? kesian org yg tak kerja kerajaan gaji tak naik tapi harga barang tetap naik sedangkan kakitangan awam cuma 20% je dari keseluruhan tenaga kerja di malaysia ni….

     — 
  5. agak sukar sikit untuk aku yakini..sebab w/pun kemungkinan ada kenaikan tetapi selepas akan ada juga pemotongan atau kenaikan benda yang lain plak…so , macam 2×5 je la..harap mereka bulih beri beberapa jaminan …not just for the election

     — 
  6. Radio karat yg ntah ke berapa…boleh korang guna sebagai dorongan kerja dengan lebih ikhlas,,samada na settlekan akaun gov @ sekadar fishing ( catch & release )

     — 
  7. Pusingan bro,gj naik,dpt tambah loan lg,kt byr loan ngn bank,kerajaan ambik untung dr bank…bgt la setrusnya..cukup2 mkn sdh la kalu sdh namanya makan gj ngn kerajaan..

     — 
  8. GAJI NAK NAIK….TAPI GAJI POLIS X NAIK PUN TAHUN NI …CUMA YANG NAIK PENYELARASAN JE..MANA KENAIKAN TAHUNAN…X ADA PUN BAGI YANG ADA SATU LAGI KENAIKAN PADA TAHUN NI…APA DAH JADI…..NI PULAK NAK NAIK GAJI LAGI…2 LE YANG DIHADAPI OLEH SEMUA ANGGOTA POLIS YANG MEMPUNYAI SATU KENAIKAN PADA TAHUN 2012 TAPI DAH MASUK BULAN 8 MASIH X DAPAT LAGI..DIMANA SILAPNYA…BEBAN KERJA PUN TERUS BERTAMBAH…

     — 
  9. saya juga setuju dgn cadangan Baha mohamad…bila lg nak serap pekerja kontrak…sy pun pekerja kontrak juga…tolonglah mrk juga kerja dgn penuh kominmen seperti yg bekerja tetap.kadang2 lg bagus yg bekerja kontrak dr yg TETAP….

     — 
  10. tertiba rasa nak komen main sedap jer cakap org x wat kerja betul2 …yang kontrak tu wat2 rajin jer sebb belum tetap ( x semua la ) jgn main sedap cakap jer kadang2 tanggungjawap yang x tetap ni lebih ringan jika dibandingkan dgn yg tetap…harap maklum…nak tetap lalui la apa yang org lain lalui jgn ambil jalan mudah jer..

     — 
  11. Gaji naik sebelum pilihan raya kerana nak pastikan yang takda kakitangan kerajaan yang haram jadah jadi pembelot parti pergi undi pembangkang lah tu. Hahahaha. Sudah la. Aku dah tak hairan dengan taktik yang kebudakan ni.

     — 
  12. HUHUHU ASYIK2 KERAJAAN JE YG GAJI NAIK. HABIS TU SWASTA XDE KE? INGIN JUGAK NK MERASA GAJI PKERJA SWASTA NAIK. CUBALH PM BKERAS UTK BOS2 PKERJA SWASTA MESTI MENAIKKN GAJI PEKERJA MEREKA.. HEHEHE..

     — 
  13. salam boh,kami pkerja sementara pejabat tanah terengganu,dkt 10 thn doh,tlong ejas bia tetap,sbb ganji kami dah lama mati,dok naik. . . sapa 3 thun kenaikan,kerja lebih dari org tetap lagi. . . bdk2 baru keja sng jer naikan gaji dan tetap jwatan. . . pkir la kami yg 10 thun brhidmat hok skong kerajaan ni. . .

     — 
  14. Asyik persoal tentang gaji – DEN SUKA DENGARNYA – tapi bila bab gaji pun nak di politikkan menyampah pulak den dengarnya. Kalau yang rasa tak nak gaji dari kerajaan skrg nyataksn nama dan alamat kepada bahagian gaji yg anda tak mahu terima gsji tersebut kerana itu tsktik kerajaan nak psncing undi. Bagi yg setuju gaji naik tu samada suka kerajaan sekarang ke atau sebaliknya masa undi nanti hak anda utk tentukan. Jgn kita sempitkanakal dan fikiran kerana benda yg anda tak tshu.

     — 
  15. Kenaikan gaji tak lah begitu penting. Yang penting kerajaan harus turun harga barangan makan dan di kawal dengan baik supaya tak naik yang bukan2. Setiap kali gaji naik, harga barangan pun naik. Buat apa..?? Sama cam gaji tak naik. Ini semua nak pancing undi je. Bengong..!!

     —