Bayi Putrajaya Mati Lemas Dalam Selimut Toto Di Rumah Pengasuh

Assalamualaikum. Semoga hari Ahad korang dipenuhi aktiviti yang boleh dekatkan diri korang dengan Allah. Pagi ni aku terbaca berita tempatan tentang seorang bayi di Putrajaya yang meninggal dunia akibat lemas di bawah toto di rumah pengasuh. Ni kes ke berapa entah dah berlaku di Putrajaya. Dulu-dulu banyak kes bayi tersedak susu. Pastu kes lemas di kolam air. Yang terbaru ni pula kes bayi mati lemas dalam selimut. Aku sangat bersimpati dengan ibu bapa kepada bayi tersebut. Aku faham perasaan mereka kerana aku juga seorang bapa. Memang dah takdir. Tetapi kejadian tersebut dapat dihindar jika pengasuh tahu bagaimana menghadapi situasi bayi lemas. CPR sepatutnya adalah skill wajib perlu ada bagi seorang pengasuh. Tapi aku terfikir-fikir juga bagaimana bayi boleh lemas dalam selimut. Ikut kata pengasuh, kanak-kanak lain berada di tempat kejadian semasa bayi tu lemas. Aku takut budak-budak lain tu yang main gulung-gulung bayi tu je. Entah la. Perincian bayi lemas di Putrajaya ni ada di bawah. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Al-fatihah. P/S: Bayi yang meninggal dunia sebelum usia balighnya akan terus masuk ke syurga tanpa dihisab dan dia akan menjadi syafaat kepada ibu bapa mereka di akhirat kelak. InsyaAllah.

bayi tidur
Gambar hiasan: Bayi bawah satu tahun amat berbahaya tidur dengan keadaan tanpa dipantau

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai lemas selepas tergumpal di dalam selimut ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 8, di sini, kelmarin.

Nur Harisya Miasarah Haizam meninggal dunia pada jam 9.30 malam, selepas lebih 11 jam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Difahamkan, mangsa dibawa pengasuhnya ke Unit Kecemasan hospital terbabit pada jam 10.30 pagi selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta kelihatan lesu, biru dan tidak bergerak sejurus ditemui bergumpal dengan toto.

Menurut ibu mangsa, Hayati Idris, 28, dia menghantar anak ketiganya pada jam 6.30 pagi, bersama seorang lagi anak lelakinya berusia empat tahun.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima panggilan daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi yang memaklumkan Mia (panggilan manja) lemas dalam selimut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pengasuh memaklumkan ketika kejadian, anak saya berada di ruang tamu bersama abangnya dan beberapa kanak-kanak lain, sementara dia membawa seorang anaknya ke tandas.

“Sebaik keluar ke ruang tamu, dia lihat Mia di bawah selimut nipis dalam keadaan tidak bermaya, lesu, sedikit biru dan tidak bernafas.

“Dia kemudian membawa Mia ke unit kecemasan hospital untuk rawatan lanjut, memandangkan dia tidak tahu melakukan bantuan nafas mulut ke mulut atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR),” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Hayati berkata, sepanjang menerima rawatan di ICU, anak sulung perempuannya kelihatan kritikal dan tidak memberikan tindakan positif kecuali menggerakkan jari tangan beberapa kali.

“Selepas itu, Mia langsung tidak menunjukkan reaksi positif hingga saat akhir dia meninggalkan kami pada jam 9.30 malam.

“Saya dan suami Haizam Sharif, 32, reda dengan pemergian Mia, mungkin sudah ajalnya. Kita tidak boleh menghalang takdir, sebaliknya terima pemergiannya dengan reda,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun.

Katanya, jenazah kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pasir Gajah, Kampung Gajah, Perak, dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi semalam.

Berikutan kejadian itu, Hayati membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, namun tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan.

Katanya, pada usia sembilan bulan Mia sudah pandai merangkak dan cuba berdiri sendiri.


Sumber: Harian Metro Online

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge

 



Comments

  1. Al Fatihah untuk arwah Mia…
    Semoga tabah ibu bapa Mia…
    InsyaAllah… semua itu ujian utk hamba-Nya yg DIA sayangi

     — 
  2. Aah betul. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.

     — 
  3. dah banyak ade kes2 macam ni.
    Alfatihah utk arwah.

     — 
  4. Kat overseas pun banyak gak kes-kes seperti ni. Tu la kat sana, dilarang ibu bapa tidur sekali satu katil dengan bayi yang masih kecil.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.

     — 
  5. jom join ohbelog.com

    komuniti blogger terhebat di Malaysia

    ping di http://ohbelog.com untuk dapatkan traffik free

     —