Bajet 2012 – Kenyataan CUEPACS Gaji Kakitangan Kerajaan Akan Naik, Gred 1-16 Dimansuh, Ditambah dan Bonus Lumayan Selepas Oktober 2011

| September 24, 2011
 

Assalamualaikum. Selamat Hari Sabtu, semoga korang semua dalam keadaan iman yang paling terbaik. Beberapa hari lepas aku ada keluarkan entri tentang khabar angin yang mengatakan gaji kakitangan awam kerajaan akan naik sebelum pilihanraya umum (PRU) yang ke 13. Kalau korang belum baca, boleh la baca: http://melayukini.net/2011/09/gaji-kakitangan-awam-kerajaan-naik-sebelum-pilihanraya-umum-pru-13-penggal-20112012/ di mana aku ada bagitau berapa peratus kemungkinan gaji pekerja kerajaan akan naik. Tak berapa lama lepas tu, CUEPACS pula mengiyakan khabar angin tersebut di mana gaji penjawat awam kerajaan sememangnya akan naik, gred 1-16 akan dimansuh dan bonus lumayan (2 bulan gaji) akan diumumkan oleh abang Najib Razak kita. Betul ke tidak, tak tahu lagi, korang faham-faham je la CUEPACS bila buat sidang akhbar memang sangat lebih-lebih dalam keluarkan kenyataan. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat pada 7 Oktober 2011 ni, tak lama lagi pun. P/S: Kalau gaji naik, lagi banyak la sedekah yang korang akan sumbangkan pada hari Jumaat kan? Katakan kepadaku ianya benar plssss. Boleh?

CUEPACS Omar
Sidang akhbar yang dilakukan oleh CUEPACS yang diketuai oleh Dato Omar Osman

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.

Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini… sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Ann Hileka says:

    Penyelia2 KEMAS mahukan supaya gred gaji pembantu pembangunan masyarakat (penyelia KEMAS) dinaikkan dari gred S17 ke S22 .Walaupun berstatus contract in service saja,tapi mereka juga adalah penjawat awam juga.

  2. Ann Hilleka says:

    Mohon pihak JPA pertimbangkan semula berkenan permohonan utk kenaikan gred dari S17 ke S22 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat (Penyelia dlm Jbtn KEMAS).Walaupun berstatus contract in service saja,namun mereka juga adalah penjawat awam seperti staff sektor awam yg lain.Ini kerana,mereka seperti terpinggir dan kedudukan mereka sebg ketua kepada pemaju2 masyarakat seperti terjejas kerana ada sebilangan Pemaju Masyarakat yg bergred S27 tahap yg sama dgn Penyelia2 yg memiliki sijil STPM serta diploma.

  3. Tunku Abdul Rahman says:

    ‘Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat pada 7 Oktober 2011 ni, tak lama lagi pun.’
    Tak payah dok tunggu la… dah lepas dah pon… la ni 2012

  4. UncleN9 says:

    alhamdulillah kalo btul gji akn naik..masalahnya gaji naik incometax pun naik tnpa blas kasian aduuii..hrap2 bajet nanti incometax akan turun..

  5. akula sdan.. says:

    ..HAHHHHHH!!!!!!!!!!!! YE KEEEEEE????????
    aduhhh…tolong la, gaji aku dah cukup mkn dah ni..bleh la derma kt tabung masjid plak..syukurrrrr…naik ke x naik ke,so far for my family is enough. yg penting, ada kerja dan buat kerja, xmkn gaji buta. berkat tu yg penting..huhu