Seorang Cikgu Mati Tercampak dalam Kemalangan Toyota Hilux vs Toyata Rush di Kota Tinggi

| July 25, 2011
 

Lagi berita pemandu dan penumpang kereta tercampak keluar dari kenderaan akibat kemalangan. Korang boleh baca kes yang lepas dari sini (KES1) (KES2). Aku rasa dah banyak kali aku bagitau kat blog ni, yang mana-mana kemalangan yang menyebabkan penumpang atau pemandu kenderaan tercampak keluar adalah disebabkan tidak memakai tali pinggang keselamatan kenderaan. Walau bukanlah 100% benar, tapi berdasarkan pengalaman aku yang sudah dekat 5 tahun menyiasat kes kemalangan secara terperinci, aku boleh kata peratus kemungkinannya ialah 95%. Korang boleh baca sendiri kes kemalangan maut terbaru di Johor antara dua buah kereta Toyata – 4WD Hilux dan SUV Rush. Pakai seatbelt, tawakal selepas berusaha. Allah jadikan dunia ada hukum sunnatullah yang perlu dipatuhi. Al-fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. P/S: Semakin dekat bulan Ramadhan, semakin ramai yang gugur meninggalkan dunia yang sementara ini. Mari kita sama-sama berdoa agar kita semua dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang dan boleh beramal bersungguh-sungguh. Amin.

kemalangan 4wd johor
MAYAT Nur Zakiah (gambar kecil) terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM 33.7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.

Manakala adik angkatnya yang juga seorang guru, Azuanurhuda Abdul Rahman, 24, mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Difahamkan, sebelum kejadian Nur Zakiah yang memandu Toyata Rush dari Melaka tiba ke Johor Bahru untuk menjemput adik angkatnya membeli-belah.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan Nur Zakiah terperosok di bawah kenderaan manakala Azuanurhuda jatuh di bahu jalan.

Pemandu Toyota Hilux itu yang memandu sendirian hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.