Hakikat Takdir Hidup Mati, Rezeki dan Jodoh

| July 15, 2011
 

Satu ulasan yang ringkas dan padat dari Ustaz Dr Asri berkenaan tajuk hakikat takdir. Nabi SAW tidak menggalakkan umatnya berbincang lebih-lebih tentang hal qadak dan qadar ini kerana takut-takut boleh salah faham dan terpesong. Apa yang perlu kita faham, hidup dan mati, rezeki dan jodoh bukanlah hak mutlak kita. Kita boleh berusaha, tapi Allah lah yang sebenarnya yang menentukan. Salah satu contoh yang diberi dalam ceramah agama Islam yang ringkas ini ialah berkenaan isu rasuah. Apa yang berlaku di merata tempat di dunia, orang yang tak bagi rasuah, tidak dapat projek kerajaan atau swasta. Adakah pintu rezekinya tertutup? Tidak kerana Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik dan kita kena yakin dan bersabar. Satu lagi analogi ialah berkaitan dengan nelayan. Walau sehebat mana pun bot dan pukat yang ada, tidak dapat menjamin pulangan yang lumayan. Banyaknya ikan di laut, siapa yang tahu? Begitulah halnya dengan rezeki di dunia. Allah la Maha Pemberi. Mari ikuti ceramah pendek Ustaz Asri kat bawah ni. Walau tak termasuk dalam list Ustaz Paling Popular di Malaysia, itu bukan kayu ukuran mengatakan bagus atau tidak Ustaz Asri atau Dr Maza ini. Jom saksikan.



Ustaz Asri Takdir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • ceramah tentang takdir jodoh
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.