Gambar Port Dickson Selepas Dilanda Ribut Taufan

| July 30, 2011

Berita bencana tempatan di kaca TV malam tadi amat mengharukan. Baru je sebulan lepas ribut taufan melanda semenanjung di Kuala Terengganu (LINK). Kali ni Port Dickson pula diuji Allah dengan musibah. Kasihan pelawat dan penduduk Port Dickson. Kepada yang tidak tahu, pada waktu tengahari 30 Julai 2011, hujan lebat dan ribut petir telah melanda Port Dickson secara tiba-tiba (bak kata saksi). Walau hanya sekejap sahaja ribut berlaku tapi cukup untuk meranapkan rumah-rumah, bangunan dan pokok-pokok. Walaupun tidak la seteruk ribut taufan di Amerika atau Ribut Agatha yang dapat mempadang jarak, padang tekurkan sesebuah bandar, tapi bencana ribut di Port Dickson ini cukup memberi kesan kepada penduduk setempat dan pelancong. Berikut merupakan gambar ribut Port Dickson dari BERNAMA. Berita terperinci ada di bawah. P/S: Mungkin ini satu peringatan Allah bukan sahaja kepada penduduk di Port Dickson, tetapi kepada semua umat Islam di muka bumi ini supaya menjauhi maksiat dan menghormati Ramadhan yang akan bakal menjelang. P/S dalam P/S – Peringatan Allah dah banyak termaktub dalam al-Quran, kita je jahil mentadabur al-Quran.

Ribut di Port Dickson 1
Ribut di Port Dickson 2
Ribut di Port Dickson 3
Ribut di Port Dickson 4

PORT DICKSON, 30 Julai — Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.

Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.

Sumber Berita: BERNAMA via Sedakasejahtera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar ribut taufan
  • ribut taufan
  • ribut taufan di johor

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. shahril salihin says:

    SALAM…. SESAL dengan PENULISAN ANDA… BUKAN PENDUDUK PORT DICKSON YANG BUAT MAKSIAT!!! ORANG LUAR YANG MENJADIKAN PORT DICKSON INI TEMPAT MAKSIAT… jaga kualiti penulisan anda

  2. Salam. “…satu peringatan Allah kepada penduduk di Port Dickson supaya menjauhi maksiat..” Tiada dalam ayat saya menuduh yang penduduk Port Dickson berbuat maksiat, saya cuma saranankan supaya penduduk Port Dickson menjauhi maksiat. Sekadar nasihat. Tak lebih dari itu. Saya dah edit. Lebih berbentuk general. :)

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.

  3. shammia says:

    ya mmg dasyat ribut yg melanda pd pd ari 2.. sy pn berada dsana ms kjadian itu berlaku.. mmg truk.. sy ms 2 pergi tgk pembarisan tamat tunang sy di pusasda.. gmbr nie yg kt luar jaln.. tp kt dlm pudasda dn di tepi2 jaln da byk lg knderaan yg tenggelami air.. malah bkn saja ribut ms 2 bah ka gengan hujan lebat lg..
    mmg menakutkan.. beringat la wahai2 kwn smer..
    byak sudah pertunjuk dari aallah..