Doktor Perubatan Lalok Ketagih Pil Khayal

| July 15, 2011

Terkejut juga aku apabila membaca berita doktor ketagih pil khayal ni, ke media je sengaja memanaskan isu ni. Tetapi apa-apa pun, ini la hakikatnya, seorang doktor perubatan di Kelantan telah gagal dalam menguasai dirinya, gagal mengenal baik dan buru, lalu mengambil dadah terlarang. Betul ke title “dr” dia tu, ke dia beli kat University Colombo? Al-maklum la, sekarang kan orang-orang malas dah boleh beli title kat depan tu. Wallahualam. Anyway, aku tau je kerja sebagai doktor ni amat memenatkan dan amat stress, tapi kena la pandai bawa diri. Banyak lagi cara untuk kurangkan stress. Mesti kosong hatinya sampai tergamak melakukan jenayah dadah ni. Berita penuh pasal doktor lalok ni ada kat bawah. P/S: Kembali lah kepada al-Quran dan hadis, menyemai benih-benih kehidupan Islam dalam diri sebagai benteng pertahanan dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan malapetaka ini.

Tengkorak Dadah BukuGambar Hiasan: Sia-sia je doktor tu belajar pandai-pandai, tapi akhirnya ketagihan pil khayal. Aiyaaa

KOTA BHARU: Seorang doktor layak digelar ‘doktor lalok’ apabila ujian air kencing terhadapnya ketika ditahan dalam operasi membanteras jenayah dadah di daerah ini kelmarin, mendapati dia positif methamphetamine atau pil kuda.

Doktor itu ditahan dalam Ops Pencegahan Jenayah Fasa Kelima dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Selain doktor terbabit, tiga kakitangan awam ditahan selepas didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selain doktor dan tiga kakitangan awam itu, polis menahan 19 individu termasuk seorang wanita dalam operasi di kawasan kubur, rumah dan tempat awam di sekitar Wakaf Che Yeh, Salor serta Kubang Kerian, di sini.

Katanya, polis turut merampas 47 pil kuda daripada seorang remaja berusia 17 tahun.

“Doktor berusia pertengahan 30-an itu ditahan di rumah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda, manakala tiga kakitangan awam berusia 35 hingga 38 tahun itu ditahan di rumah berasingan dan didapati positif dadah.

“Kami merampas 47 biji pil kuda itu daripada seorang remaja berusia 17 tahun ketika dia sedang berurusan jual beli dadah di satu kawasan di Salor, kira-kira jam 9 malam,” katanya.

Menurut Azham, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) serta 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tidak dinafikan ada di kalangan mereka pernah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah.

Sumber: Metro Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Carian kata kunci paling popular:

  • pil kuda

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.